Sunday, April 25, 2010

virgin, arriva, national express



Assalamualaikum wbt,

Go to fullsize imageGo to fullsize imageGo to fullsize image

1. Tergerak hati untuk berkongsi sedikit pengalaman berjalan sendirian di negara penjajah ini. Alhamdulillah, saya telah berjaya menjejaki ke England, Scotland, Wales dan Nortern Ireland dengan sendirian dengan selamat walaupun tidak semua perjalanan adalah lancar.

2. Memandangkan saya menetap di kawasan yang hulu dan agak jauh dari bandar-bandar utama, maka kenderaan utama yang saya guna adalah keretapi. Perjalanan dari tempat saya akan memerlukan pertukaran keretapi yang lain dan saya perlu sekurang-kurangnya menukar keretapi sebanyak sekali.

3. Rekod perjalanan yang terlama berada dalam keretapi adalah 6 jam setengah, iaitu perjalanan dari London ke tempat saya. Perjalanan itu adalah pada waktu malam dan saya tiba pada jam 12.30 malam. Saya tertidur dan hanya tersedar tepat-tepat telah sampai di Bangor. Alhamdulillah dikejutkan olehNya :)

4. Terkandas, keretapi delay, keretapi cancel adalah masalah-masalah yang biasa dihadapi. Tidak diakui perkhidmatan keretapi di UK memang efesien namun kuasa manusia tidak sempurna dan tidak mampu melawan kuasa Allah yang Maha hebat.

5. Kandas yang paling teruk yang pernah saya hadapi ketika dalam perjalanan ke edinburgh dari bangor yang melibatkan 3 changes keretapi. Memandangkan edinburgh adalah agak jauh dan harga tiket adalah sangat mahal jika saya beli direct dari bangor ke edinburgh, saya cuba membuat route sendiri dengan membuat transit ke manchester. saya terkandas disebabkan salji yang tebal yang mengakibatkan banyak train delay dan dibatalkan. Pada perjalanan tersebut juga saya buat pertama kali tersilap menaiki keretapi dan terpaksa kembali ke stesen. Akibatnya, saya tertinggal keretapi yang sepatutnya ditukar di stesen yang lain. Saya hampir berputus asa dalam perjalanan tersebut, namun dengan sedikit kekuatan saya teruskan perjalanan tersebut kerana saya yakin saya akan mendapat lebih banyak kebaikan pergi ke sana. Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke destinasi walaupun terlewat sehingga hampir 3 jam.

6. Pernah sekali, black-out berlaku di train station di Birmingham. Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke bangor. Hanya Allah yang tahu bagaimana cemasnya keadaan tersebut dengan kegelapan, manusia yang ramai dan polis-polis yang juga amat ramai.

7. Juga pernah diserang migrin dan muntah di dalam train, keseorangan.

8. Apabila berjalan untuk jarak jauh keseorangan, perasaan takut dan seumpamanya memang akan melanda saya. Saya yakin perasaan tersebut adalah ujian kepada saya untuk menguji saya. Dan Allah tidak akan menguji saya jika saya tidak mampu untuk mendepani ujian tersebut (Al quran 2: 284-286)

9. Pesanan saya, jika anda perlu menaiki keretapi berseorangan, teruskan perjalanan anda. Walaupun anda bakal dipandang pelik di dalam keretapi kerana hijab anda dan penampilan anda, namun ia tidak patut menjadi halangan untuk anda sampai ke destinasi kerana Allah yang menentukan perjalanan anda, dan bukan pandangan orang.

Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). 7:168
View Image
Allahua'lam

Friday, April 2, 2010

saya, dia dan anda

Assalamualaikum wbt.

Perihal dia

Setelah tertangguh dua kali untuk melawatnya disebabkan halangan masa, akhirnya Allah mengizinkan saya untuk menziarahinya. Perjalanan ke tempat tinggalnya mengambil masa selama hampir 30 minit menggunakan keretapi.

Dia adalah seorang muslimah yang berasal dari sebuah negara eropah dan telah memeluk agama islam hampir 2 tahun. Dia juga merupakan kawan sekuliah saya dan adalah kawan baik saya.

Dia berhijrah dari negara asalnya ke UK untuk berjumpa kawannya. Perancangan Allah sememangnya maha hebat. Dia menyambung pelajarannya di sini dan memeluk islam di sini.

Seisi ahli keluarganya adalah krisitian dan ibunya sememangnya memberikan respon yang negatif apabila mengetahu dia memeluk agama islam pada awalnya. kakaknya menghendik dan memarahinya setelah mengetahui perkara tersebut.

Semua itu langsung tidak membuatkannya untuk kembali ke agama asalnya. Dia cuba untuk memakai hijab namun kedua ibunya dan kakaknya telah memberikan amaran dia tidak akan dianggap sebagai anak dan adik sekiranya berbuat demikian. Dia akur.

Saya cukup tertarik dengan pemakaiannya. Pemakaiannya telah memenuhi yang digariskan sebagai muslimah hanya tidak lengkap dengan tudung. Dia percaya suatu hari nanti dia akan dapat bertudung. Dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi lagi untuk bertudung di khalayak ramai mengungatkan amaran dari ahli keluarganya.

Dia juga dalam proses mengenal dan memahami huruf-huruf alquran walaupun menghadapi kekangan masa sebagai pelajar dan bekerja pada masa yang sama.

kita versus dia

1. ada kita hadapi masalah bertudung halangan dari keluarga? malah pemakaian kita semakin terhadapan dengan pelbagai gaya fesyen dan baju yang secara tidak sedar menghakis etika pemakaian seorang muslimah.


2. saya percaya rata-rata kita telah diajar membaca alquran sejak dari kecil dan kita tidak menghadapi masalah yang besar untuk membaca alquran. tapi ada kita cuba meningkatkan mutu bacaan kita dan membacanya dengan kerap?

3. mengikut perlembagaan persekutuan, orang melayu adalah islam. Alhamdulillah, kita dibesarkan dalam agama islam turun temurun hasil pemahaman orang-oarnt tua kita. Namun, adakah islam yang kita warisi sekadar agama warisan?

4. buktikan agama islam adalah agama pilihan kita. caranya: lakukan perintah Allah dan tinggalkan yang dilarangNya. Tunaikan tanggungjawab syahadatul haq kita. banyakkan membaca bahanyang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya dan tinggalkan sedikit-sedikit secara istiqamah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita dariNya.
Adakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu sebagai main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Al-Mu'minun:115)
5. Semua di atas juga peringatan untuk diri ini. Allahua'lam
Allahua'lam

Wednesday, February 10, 2010

interpretasi kita = interpretasi orang lain?

1. Interpretasi manusia adalah selektif dan constitutive. Selektif bermaksud manusia tidak menginterpretasi sesetengah perkara aka bias manakala constitutive bermaksud manusia menginterpretasi sesuatu perkara berbeza daripada yang sepatutnya.
2. Manusia dapat memahami emosi orang lain dengan agak tepat.
3. Manusia akan menginterpretasi tingkahlaku sendiri yang tidak wajar dengan mengaitkan kepada faktor luaran (keadaan sekeliling)manakala akan menginterpretasi sikap orang lain berdasarkan kepada faktor dalaman(sikap) orang itu.
Contoh situasi: B ingin berpindah dari rumah yang didudukinya kerana tidak tahan dengan sikap teman serumahnya yang tidak memberikan kerjasama dalam menjaga kebersihan rumah. B mengambil keputusan untuk berpindah dan menyebabkan hubungannya dengan teman serumah dingin. Teman serumah B mengaggap B tidak bertanggungjawab kerana B menyebabkan mereka terpaksa sewa rumah dengan harga yang lebih tinggi apabila B berpindah dari rumah tersebut.
Interpretasi B : teman serumah tidak memberikan kerjasama (faktor persekitaran aka faktor luaran)
Interpretasi teman serumah B (orang lain) : B tidak bertanggungjawab (sikap aka faktor dalaman )
4. Interpretasi ini adalah berdasarkan banyak faktor seperti pengalaman lalu, keadaan sekeliling, pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa.

5. Manusia berbeza berdasarkan kepada kualiti konsep peribadi dan ini bergantung kepada pengalaman peribadi. (Kelly, 1955)
Contoh: B gemar menyusun buku-bukunya berdasarkan ketinggian dan membalut semua buku-bukunya walaupun ia memakan masa. Sikap B timbul kerana B mempunyai kawan baik yang menghidapi OCD (obsesi kepada kekemasan). Secara tidak langsung ia juga mempengaruhi sikap B.
6. Manusia adalah ciptaan Allah yang sangat unik dengan keunikan dalam bermacam-macam perkara seperti interpretasi yang digariskan di atas.Hargailah keunikan anda dengan menjadi diri anda sendiri dan juga dengan menghargai perbezaan orang sekeliling kita.


7.Perbezaan antara kita bukanlah penghalang kepada penyatuan idea, kerjasama dan lain-lain. Perbezaan ini memerlukan kepada titik persamaan. Jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang tidak menyamai persamaan pendapat dengan kita. Hormati perbezaan ini kerana kita adalah UNIK :)

8. First impression is not always the best impression!!

9. Sedikit renungan;
Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakanmanusia tidak bersyukur. (40:61)

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (17:70)

Allahua'lam :)

Friday, January 29, 2010

niat kita




Assalamualaikum wbt.

Baca pernyataan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berdasarkan penyataan tersebut:

XX adalah pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki SPM pada tahun ini. Pada setiap hari, XX berjalan kaki ke sekolah bersama rakan-rakan. Jarak sekolah dari rumah XX adalah agak jauh dan mengambil masa hampir 30 minit.

1. Adakah XX ke sekolah kerana patuh arahan ibu bapanya?
2. Kenapa XX perlu ke sekolah?
3. Kenapa XX sanggup berjalan kaki selama 30 minit ke sekolah setiap hari?

***

Soalan-soalan tersebut jelasnya adalah bersifat subjektif. Kita mungkin membuat tanggapan yang berlainan kerana maklumat yang terhad diberikan. Pokoknya, jawapan yang betul hanya boleh dijawab oleh XX. Ini kerana, NIAT xx tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan kita.

Bicara perihal nawaitu

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

*Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih

Intisari hadis:

1. Sesuatu perbuatan atau amalan bergantung kepada niat pelaku.
2. Niat membezakan tujuan sesuatu amalan itu dilakukan. Contohnya, niat membezakan sesuatu amalan itu dilakukan sebagai ibadah atau sekadar taqlid/adat.
3. Amalan yang kecil boleh menjadi besar denagn niat dan sebaliknya. Contohnya, bersedekah dengan wang yang besar dengan tujuan mendapat hebahan media dan sebaliknya.

XX dan kita

Andaikan XX adalah diri kita sendiri. Jika kita pergi ke sekolah semata-mata untuk mematuhi arahan ibu bapa, maka ibu bapa akan menyayangi kita kerana kita patuh arahan mereka. Andai kata kita ke sekolah kerana Allah dan Rasul, maka kita akan mendapat keredaan Allah dan Rasul dan pada yang sama keredaan ibu bapa.
Andai kata kita sanggup berjalan kaki selam 30 minit hanya sekadar untuk berjumpa dan bermain-main dengan kawan-kawan di sekolah, maka kita akan mendapat keseronokan tersebut semata-mata.
Andai kata pula kita sanggup berjalan kaki selama itu kerana inginkan keredaanNya dan memenuhi keperluan menuntut ilmu, maka pahala dan imu akan mampu kita raih pada masa yang sama.

Imam-imam Syafi'i,Maliki dan Hanbali mewaibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap sah (Riyadhus Salihin, m/s 9)

Ikhlas dalam beribadah
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)
Ikhlas sesuatu yang tidak dapat diukur. Ikhlas sangat dititikberatkan dalam beribadah kerana ia berkaitrapat dengan niat kita. Ada sebilangan orang, ''saya nak berubah, tapi perasaan ikhlas tak dapat lagi''. Ikhlas tak akan datang jika kita tidak menginginkannya dan kita perlu mungkin perlu memaksa diri untuk ikhlas sebelum ia lahir dengan sendirinya.

Analoginya, ibu bapa kita mengajar dan adakalanya memaksa kita makan nasi semasa kita kecil. Pada awalnya, kita ada menolak dan tidak mahu makan. Lama-kelamaan, kita tidak perlu dipaksa dengan kebiasaan tersebut. Samalah dengan perasaan ikhlas. Paksa diri dan Insyaallah, ia akan datang dengan sendirinya.
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada hijrah
setelah pembebasan - Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah – yakni berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)

See full size image
Allahua'lam

Monday, January 25, 2010

making a good impression





Assalamualaikum wbt.

Some tips ;)

1. Find out about personal constructs of the person you want to impress and demonstrate these specific traits.
eg: Your lecturer only wants to deal with hardworking students, thus become a hardworking student is important to impress him and gets his attention.

2. You will only need to imply that you have one or two positive traits because other similar traits will be assumed.
eg: I believe that people who are friendly who are friendly are also generous, but people who are cold are also stingy.

3. Make-up? fancy clothes? hmm..

4. Avoid any indication of negative traits as these may undo your previous positive traits.
eg: Clyn is viewed negatively because she is described as dull, even though all other descriptions about her are very positive.

5. Present your best traits at the start and end of a meeting with the person that you would like to impress.
Ahmad is described as intelligent, caring, impulsive and hardworking. People make a judgement based on the first word (it captures attention) on the list and the last word (it's still in people memory).

6. Impression involves cognitive process, which means it is unconscious and automatic.

(adaptasi dari nota sosial saikologi, Fay Short)

_____________________________________________________

Penting ke impression orang lain kepada kita?
Ada yang mengatakan, ia semacam menjaga 'air muka' kita. Maka, sudah tentulah ia penting.
Ada juga yang mengatakan, kenapa perlu kisah dengan pandangan orang?

Pada saya, ia penting selagi mana tidak melanggar syariat Islam kerana impression yang baik (atau buruk) akan dilabel kepada kumpulan manusia mana kita. Contoh; janji melayu adalah janji yang tidak menepati masa. Maka, saya sebagai etnik melayu secara automatiknya mungkin dilabel sedemikian oleh sebahagian manusia dari etnik lain. Ditambah lagi, melayu adalah islam (Perlembangan melayu), maka orang islam juga tidak menepati masa. (oh, menjadi fitnah kepada agama bukan?)

Jom ubah dan tampilkan eksperesi yang baik kepada orang yang di sekeliling kita ;)).Dalam masa yang sama, bukan jadi hipokrit untuk memenuhi keinginan manusia lain.

Eksperesi manusia adalah selektif (tertentu) dan kadang-kadang disalahertikan. Maka, elakkan menghukum orang berdasarkan eksperesi pertama kerana ia bukan yang terbaik.

Yang paling penting, eksperesi kita kepada Pencipta kita :D
Allahua'lam

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (hadis 42, dari hadith 40)


Monday, July 27, 2009

--no more good luck--

Assalamualaikum wbt.
'Good luck' adalah lafaz biasa yang diucapkan oleh seseorang kepada seseorang yang akan berhadapan situasi samada peperiksaan, temuduga atau apa-apa sahaja yang melibatkan penilaian prestasi diri.

'Luck' atau nasib merupakan faktor luaran yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan seseorang. Faktor luaran adalah tidak tetap dan akan berubah mengikut keadaan dan nasib kita juga. Namun, adakah kita mampu menentukan nasib kita sendiri? Allah berfirman, maksudnya:
Mereka menjawab: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang besertamu". Saleh berkata: "Nasibmu ada pada sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji"(27:47)
Sedar atau tidak, nasib dan takdir kita telah ditetapkan oleh Allah swt. Sejak kita masih dalam rahim ibu yang mengandungkan kita. Perkara ini ada dinyatakan oleh junjungan besar kita,
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.................
(hadis ke-4 daripada hadits arba'in).

Namun, adakah ini bermakna kita perlu hanya menyerahkan perjalanan hidup kita kepada nasib memandangkan segalanya telah ditetapkan dan ditentukan?

Jawapannya, TIDAK. Allah ada berfirman, mafhumnya
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (13:11)
Ayat ini jelas menunjukkan Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan seseorang itu berusaha untuk mengubahnya. Namun, ini tidak bermakna semua nasib kita boleh diubah walau sedaya mana kita berusaha. Contohnya, seperti yang dinyatakan dalam penyataan hadits di atas, rezeki, ajal, amal perbuatan kita dan kesudahan hidup kita, samada bahagia atau sengsara telah ditetapkan sejak azali lagi. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui (2:30)?

Kembali juga kepada konteks rukun Iman yang kita telah pelajari seusai tadika. Rukun yang ke -6, beriman kepada Qada' dan Qadar.

Maka, apakah keadaan yang mampu kita ubah?

Kita tidak tahu apakah kesudahan hidup kita sehinggalah tibanya saat itu. Maka, perjalanan yang kita lalui untuk sampai ke saat itu (yakni penyudahan hidup kita) adalah memerlukan sikap KEBERUSAHAAN agar kita mendapat penyudahan yang baik. Itulah keadaan yang boleh kita ubah berdasarkan keinginan kita samada untuk berubah ke arah yang lebih baik, kekal dengan prestasi atau menjadi yang sebaliknya.

Harus diingatkan juga bahawasanya KITA mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak sesuatu perkara tersebut seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (91:8-10)
Segala perbuatan kita, adalah petunjuk dan gerak hati yang diilhamkan oleh Allah, namun kita mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak melakukannya.

Mungkin ada yang berkata, mengapa perlu berusaha, jika ia telah ditetapkan?
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. (17:19)
Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.(20:15)
Kembali kepada konteks 'good luck'. Saya rasa, ucapan itu tidak sesuai dijadikan perangsang kepada seseorang yang menghadapi peperiksaan atau seumpamanya. Dalam konteks saikologi, 'luck' adalah faktor luaran yang menyebabkan seseorang kurang berusaha dan akan menyalahkan nasib sekiranya tidak cemerlang.

Bukankah kata-kata yang baik adalah doa?

Wallahua'lam

A journey. Overcoming fear and welcoming the unknown.

Saturday, July 25, 2009

2-1= 0 ??

2-1= 0

Dari segi ilmu matamematik, jawapan pengiraan di atas memang salah. Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya. Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam. Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya. Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa. Tiada setengah atau suku darinya.

Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan. Dan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorangwalaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)
Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)


Aplikasi
Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya. Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak.

Harus lengkapi syarat

Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai stail dan corak. Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung. Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan. Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?

Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada. Namun, banyak salah faham yang berlaku. Rata-rata yang bertudung tidak menepati hukum aurat. Bentuk dada masih didedahkan padahal rambut dan leher elok bertutup.

Apa yang kita dapat?

Saya menyeru kepada muslimah yang membaca artikel ini agar bertudung mengikut panduan dan syariat Islam. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut kita, tapi perlulah menutupi dada juga. Saya rasa, alang-alang menampakkan dada, kenapa tidak yang lain juga padahal juga dosa yang dapat. Sama saja dosa orang yang bertudung tetapi tidak mematuhi syarat dengan yang mendedahkan rambut kerana pahala itu tiada separuh-separuhnya.

Dalam menutup aurat, Islam menetapkan pakaian seseorang muslimah perlulah meliputi seluruh tubuh wanita longgar, tidak nipis, bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya dan tidak menyamai pakaian lelaki.

Praktikal 2-1=0 juga untuk syariat-syariat Islam yang lain. Konsepnya mudah. Lakukan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala akan kita dapat. Satu syaratnya kita abaikan, dosa yang diperolehi oleh kita.

Kadangkala, konsep ini kita terlepas pandang.
Wallahua'lam
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (3:185)