Friday, January 29, 2010

niat kita




Assalamualaikum wbt.

Baca pernyataan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berdasarkan penyataan tersebut:

XX adalah pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki SPM pada tahun ini. Pada setiap hari, XX berjalan kaki ke sekolah bersama rakan-rakan. Jarak sekolah dari rumah XX adalah agak jauh dan mengambil masa hampir 30 minit.

1. Adakah XX ke sekolah kerana patuh arahan ibu bapanya?
2. Kenapa XX perlu ke sekolah?
3. Kenapa XX sanggup berjalan kaki selama 30 minit ke sekolah setiap hari?

***

Soalan-soalan tersebut jelasnya adalah bersifat subjektif. Kita mungkin membuat tanggapan yang berlainan kerana maklumat yang terhad diberikan. Pokoknya, jawapan yang betul hanya boleh dijawab oleh XX. Ini kerana, NIAT xx tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan kita.

Bicara perihal nawaitu

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

*Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih

Intisari hadis:

1. Sesuatu perbuatan atau amalan bergantung kepada niat pelaku.
2. Niat membezakan tujuan sesuatu amalan itu dilakukan. Contohnya, niat membezakan sesuatu amalan itu dilakukan sebagai ibadah atau sekadar taqlid/adat.
3. Amalan yang kecil boleh menjadi besar denagn niat dan sebaliknya. Contohnya, bersedekah dengan wang yang besar dengan tujuan mendapat hebahan media dan sebaliknya.

XX dan kita

Andaikan XX adalah diri kita sendiri. Jika kita pergi ke sekolah semata-mata untuk mematuhi arahan ibu bapa, maka ibu bapa akan menyayangi kita kerana kita patuh arahan mereka. Andai kata kita ke sekolah kerana Allah dan Rasul, maka kita akan mendapat keredaan Allah dan Rasul dan pada yang sama keredaan ibu bapa.
Andai kata kita sanggup berjalan kaki selam 30 minit hanya sekadar untuk berjumpa dan bermain-main dengan kawan-kawan di sekolah, maka kita akan mendapat keseronokan tersebut semata-mata.
Andai kata pula kita sanggup berjalan kaki selama itu kerana inginkan keredaanNya dan memenuhi keperluan menuntut ilmu, maka pahala dan imu akan mampu kita raih pada masa yang sama.

Imam-imam Syafi'i,Maliki dan Hanbali mewaibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap sah (Riyadhus Salihin, m/s 9)

Ikhlas dalam beribadah
Allah Ta'ala berfirman:
"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)
Ikhlas sesuatu yang tidak dapat diukur. Ikhlas sangat dititikberatkan dalam beribadah kerana ia berkaitrapat dengan niat kita. Ada sebilangan orang, ''saya nak berubah, tapi perasaan ikhlas tak dapat lagi''. Ikhlas tak akan datang jika kita tidak menginginkannya dan kita perlu mungkin perlu memaksa diri untuk ikhlas sebelum ia lahir dengan sendirinya.

Analoginya, ibu bapa kita mengajar dan adakalanya memaksa kita makan nasi semasa kita kecil. Pada awalnya, kita ada menolak dan tidak mahu makan. Lama-kelamaan, kita tidak perlu dipaksa dengan kebiasaan tersebut. Samalah dengan perasaan ikhlas. Paksa diri dan Insyaallah, ia akan datang dengan sendirinya.
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada hijrah
setelah pembebasan - Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah – yakni berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)

See full size image
Allahua'lam

Monday, January 25, 2010

making a good impression





Assalamualaikum wbt.

Some tips ;)

1. Find out about personal constructs of the person you want to impress and demonstrate these specific traits.
eg: Your lecturer only wants to deal with hardworking students, thus become a hardworking student is important to impress him and gets his attention.

2. You will only need to imply that you have one or two positive traits because other similar traits will be assumed.
eg: I believe that people who are friendly who are friendly are also generous, but people who are cold are also stingy.

3. Make-up? fancy clothes? hmm..

4. Avoid any indication of negative traits as these may undo your previous positive traits.
eg: Clyn is viewed negatively because she is described as dull, even though all other descriptions about her are very positive.

5. Present your best traits at the start and end of a meeting with the person that you would like to impress.
Ahmad is described as intelligent, caring, impulsive and hardworking. People make a judgement based on the first word (it captures attention) on the list and the last word (it's still in people memory).

6. Impression involves cognitive process, which means it is unconscious and automatic.

(adaptasi dari nota sosial saikologi, Fay Short)

_____________________________________________________

Penting ke impression orang lain kepada kita?
Ada yang mengatakan, ia semacam menjaga 'air muka' kita. Maka, sudah tentulah ia penting.
Ada juga yang mengatakan, kenapa perlu kisah dengan pandangan orang?

Pada saya, ia penting selagi mana tidak melanggar syariat Islam kerana impression yang baik (atau buruk) akan dilabel kepada kumpulan manusia mana kita. Contoh; janji melayu adalah janji yang tidak menepati masa. Maka, saya sebagai etnik melayu secara automatiknya mungkin dilabel sedemikian oleh sebahagian manusia dari etnik lain. Ditambah lagi, melayu adalah islam (Perlembangan melayu), maka orang islam juga tidak menepati masa. (oh, menjadi fitnah kepada agama bukan?)

Jom ubah dan tampilkan eksperesi yang baik kepada orang yang di sekeliling kita ;)).Dalam masa yang sama, bukan jadi hipokrit untuk memenuhi keinginan manusia lain.

Eksperesi manusia adalah selektif (tertentu) dan kadang-kadang disalahertikan. Maka, elakkan menghukum orang berdasarkan eksperesi pertama kerana ia bukan yang terbaik.

Yang paling penting, eksperesi kita kepada Pencipta kita :D
Allahua'lam

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. (hadis 42, dari hadith 40)


Monday, July 27, 2009

--no more good luck--

Assalamualaikum wbt.
'Good luck' adalah lafaz biasa yang diucapkan oleh seseorang kepada seseorang yang akan berhadapan situasi samada peperiksaan, temuduga atau apa-apa sahaja yang melibatkan penilaian prestasi diri.

'Luck' atau nasib merupakan faktor luaran yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan seseorang. Faktor luaran adalah tidak tetap dan akan berubah mengikut keadaan dan nasib kita juga. Namun, adakah kita mampu menentukan nasib kita sendiri? Allah berfirman, maksudnya:
Mereka menjawab: "Kami mendapat nasib yang malang, disebabkan kamu dan orang-orang yang besertamu". Saleh berkata: "Nasibmu ada pada sisi Allah, (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu kaum yang diuji"(27:47)
Sedar atau tidak, nasib dan takdir kita telah ditetapkan oleh Allah swt. Sejak kita masih dalam rahim ibu yang mengandungkan kita. Perkara ini ada dinyatakan oleh junjungan besar kita,
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia.................
(hadis ke-4 daripada hadits arba'in).

Namun, adakah ini bermakna kita perlu hanya menyerahkan perjalanan hidup kita kepada nasib memandangkan segalanya telah ditetapkan dan ditentukan?

Jawapannya, TIDAK. Allah ada berfirman, mafhumnya
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (13:11)
Ayat ini jelas menunjukkan Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan seseorang itu berusaha untuk mengubahnya. Namun, ini tidak bermakna semua nasib kita boleh diubah walau sedaya mana kita berusaha. Contohnya, seperti yang dinyatakan dalam penyataan hadits di atas, rezeki, ajal, amal perbuatan kita dan kesudahan hidup kita, samada bahagia atau sengsara telah ditetapkan sejak azali lagi. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui (2:30)?

Kembali juga kepada konteks rukun Iman yang kita telah pelajari seusai tadika. Rukun yang ke -6, beriman kepada Qada' dan Qadar.

Maka, apakah keadaan yang mampu kita ubah?

Kita tidak tahu apakah kesudahan hidup kita sehinggalah tibanya saat itu. Maka, perjalanan yang kita lalui untuk sampai ke saat itu (yakni penyudahan hidup kita) adalah memerlukan sikap KEBERUSAHAAN agar kita mendapat penyudahan yang baik. Itulah keadaan yang boleh kita ubah berdasarkan keinginan kita samada untuk berubah ke arah yang lebih baik, kekal dengan prestasi atau menjadi yang sebaliknya.

Harus diingatkan juga bahawasanya KITA mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak sesuatu perkara tersebut seperti yang dinyatakan dalam firman Allah:
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,
sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu,
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (91:8-10)
Segala perbuatan kita, adalah petunjuk dan gerak hati yang diilhamkan oleh Allah, namun kita mempunyai pilihan untuk melakukan atau tidak melakukannya.

Mungkin ada yang berkata, mengapa perlu berusaha, jika ia telah ditetapkan?
Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik. (17:19)
Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang Aku merahasiakan (waktunya) agar supaya tiap-tiap diri itu dibalas dengan apa yang ia usahakan.(20:15)
Kembali kepada konteks 'good luck'. Saya rasa, ucapan itu tidak sesuai dijadikan perangsang kepada seseorang yang menghadapi peperiksaan atau seumpamanya. Dalam konteks saikologi, 'luck' adalah faktor luaran yang menyebabkan seseorang kurang berusaha dan akan menyalahkan nasib sekiranya tidak cemerlang.

Bukankah kata-kata yang baik adalah doa?

Wallahua'lam

A journey. Overcoming fear and welcoming the unknown.

Saturday, July 25, 2009

2-1= 0 ??

2-1= 0

Dari segi ilmu matamematik, jawapan pengiraan di atas memang salah. Budak tadika pun tahu apa jawapan betul yang sepatutnya. Hakikatnya, itulah pengiraan dalam Islam. Pengakhiran hidup kita hanyalah dua, samada baik atau sebaliknya. Pekerjaan dan perlakuan kita hanya mempunyai dua balasan, pahala atau dosa. Tiada setengah atau suku darinya.

Formulanya senang. Segala kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan, sejajar dengan syariat Islam, maka ganjaran pahalalah untuk pelakunya.Perintah dan suruhanNya yang kita lakukan dengan baik dan menepati garis panduan, juga pahala sebagai balasan. Dan sebaliknya.

Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorangwalaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.(4:40)
Barang siapa yang mengerjakan dosa, maka sesungguhnya ia mengerjakannya untuk (kemudaratan) dirinya sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(4:111)


Aplikasi
Secara logiknya, adakah seseorang yang bertudung, tapi menampakkan susuk tubuh yang tidak sepatutnya dikira menutup aurat? Semestinya tidak. Apakah pelakunya akan mendapat ganjaran pahala atau sebaliknya? Dari pemahaman formula di atas, kosong jawapannya. Begitu juga dalam pemahaman tentang solat. Melakukan solat tanpa mematuhi rukun solat, adakah sah solat kita? Semua setuju jika jawapannya tidak.

Harus lengkapi syarat

Pening melihatkan stail tudung yang muncul dengan pelbagai stail dan corak. Stailnya dipadankan dengan contoh artis yang bertudung, kononnya menjadi ikon untuk muslimah bertudung. Gejala bertudung memang berkembang pesat di Malaysia dan ia memang dapat dibanggakan. Tapi, cuba pandang dua kali, adakah tudung yang dipakai menepati syara' Islam?

Allah memberikan garis panduan seperti yang termaktub dalam surah al-nur, ayat 31
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Perintah Allah menyatakan pemakaian tudung perlulah menutupi dada. Namun, banyak salah faham yang berlaku. Rata-rata yang bertudung tidak menepati hukum aurat. Bentuk dada masih didedahkan padahal rambut dan leher elok bertutup.

Apa yang kita dapat?

Saya menyeru kepada muslimah yang membaca artikel ini agar bertudung mengikut panduan dan syariat Islam. Bertudung bukan semata-mata menutup rambut kita, tapi perlulah menutupi dada juga. Saya rasa, alang-alang menampakkan dada, kenapa tidak yang lain juga padahal juga dosa yang dapat. Sama saja dosa orang yang bertudung tetapi tidak mematuhi syarat dengan yang mendedahkan rambut kerana pahala itu tiada separuh-separuhnya.

Dalam menutup aurat, Islam menetapkan pakaian seseorang muslimah perlulah meliputi seluruh tubuh wanita longgar, tidak nipis, bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya dan tidak menyamai pakaian lelaki.

Praktikal 2-1=0 juga untuk syariat-syariat Islam yang lain. Konsepnya mudah. Lakukan perintah Allah dengan mematuhi syarat-syaratnya, pahala akan kita dapat. Satu syaratnya kita abaikan, dosa yang diperolehi oleh kita.

Kadangkala, konsep ini kita terlepas pandang.
Wallahua'lam
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (3:185)



Tuesday, July 7, 2009

w-a-h-a-n

Assalamualaikum wbt

Suka untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku kepada saya. Ia berlaku di dalam kelas skills presentation di mana mana-mana pelajar boleh dikenakan tugasan untuk menyampaikan 'ucapan' di hadapan ahli kelas pada tajuk yang ditetapkan on spot. Pada permulaan tahun pertama, perasaan cuak itu sangatlah menguasai diri kerana ucapan itu perlu disampaikan di hadapan ahli kelas yang hampir semuanya adalah native speaker. Alhamdulillah perasaan itu berkurang dengan positive reinforcement dan masa.

Saya lebih suka berdiam diri kerana ingin mengurangkan kemungkinan 'kena serang' sebab tajuk yang diberikan ada kalanya adalah yang memang ntah apa2 dan banyak mengarut dan tidak sesuai untuk saya yang berotak bersih. Alhamdulillah tajuk-tajuk yang
'mengenai' saya adalah tajuk-tajuk yang relevan.
Pernah sekali;

Q : ok, the next one is tell the night club that you wish to design
A : anyone??
C : ..............................silence.......................................................
A : Min, since you just did it(presentation) once, can you??
Min : yes, but can i have the other title since I've never been there...
A : It's ok then, just make a design that you want or you like..
Min : but it's impossible..( apa daa..dosa laa..)
Q : ok, let's change the tittle..the place that you want to go
Min : ok..(dalam hati, tq Q)

Bolehkah jika saya katakan globalisasi yang berlaku di barat memisahkan mereka dengan agama sehingga mereka tidak tahu sedikit asas penegetahuan agama?atau mungkinkah jua mereka pernah berjumpa muslimah bertudung di kelab malam??

Pernah juga saya disapa seorang lelaki yang mengatakan dia adalah Islam yang syiah. Dia bertanya kepada saya pada malam hari ke manakah saya pergi. Jawapan saya, saya tidak ke mana-mana malam hari. ( wajarkah soalan ini!?)

Suatu ketika, saya berjaulah ke JOhor Bharu untuk pergi ke rumah kakak. Perjalanan dari Kelantan ke JB mengambil masa yang agak lama. Syukur pemandu bas seorang yang prihatin mengenai tuntutan bersolat. Beliau menghentikan bas di sebuah tempat untuk kemudahan penumpang bersolat subuh.

Sedih sekali, masih ada lelaki Islam yang terbongkang tidur. Sedih. Dengan kemudahan untuk bersolat di negara ini yang merata, masih ada golongan yang memberatkan diri untuk menunaikan solat fardu.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bersabda: "Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kalian bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah karena kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gentar dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)
Sedih dengan keadaan sahabat seislam yang hanyut dengan WAHAN. Bilangan umat Islam amatlah besar pada zaman kini. Namun, dengan wujudnya wahan dalam diri seseorang muslim, kuantiti itu tidak akan membanggakan Islam bahkan boleh memberi aib kepada agama sendiri kepada penganut agama lain.

Cinta pada dunia.
Takut pada mati.
Moga diri ini dijauhkan dengan sifat ini.

N.B : Adakah kita sekadar menjadi pemerhati kepada keruntuhan ini?
Wallahua'lam.

Monday, June 1, 2009

Dugaan itu peringatan

Assalamualaikum wbt

Saat ini, saya berdepan dengan kemungkinan kehilangan wang yang sangat besar. Nilainya sangat besar bagi saya. Wang ini lebih dari cukup untuk membeli sebuah iPhone.

Ujian harta
Lama juga berkabung mengenangkan wang itu. Saya ingin menunaikan hajat abang saya untuk membelikannya sesuatu. Saya tidak mahu menceritakannya lebih panjang memandangkan saya sudah cukup letih melaluinya. Tapi saya masih berharap ia tidak tipu walaupun bukt-bukti yang menunjukkan saya ditipu agak jelas. Juga masih berharap jika ia adalah penipu, dilembutkan hatinya untuk memulangkan duit saya kembali.

Saya tidak menyangkal ia adalah salah saya juga. Saya telah cuba berikhtiar sedaya mampu dan pada ketika ini saya hanya mampu berdoa kepada-Nya.

Salahuddin Al-Ayyubi menganggap harta dan wang adalah seperti debu-debu tanah sahaja.

Positif!!

Ia sebagai peringatan kepada saya untuk lebih menginfakkan duit di jalan Allah.

Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebagian) dari hartanya memperoleh pahala yang besar. (57:7)
Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (57:10)
Duit tak bawak mati pun...
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (57:20)
Mungkin wang itu bukan rezeki untuk saya.
Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas. (2:212)
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezeki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)." (3:27)
Kesenangan selepas kesusahan

Di kala kawan-kawan meluahkan simpati atas musibah yang saya hadapi, ayat ini menjadi kekuatan diri saya.
Kemudian Kami ganti kesusahan itu dengan kesenangan hingga keturunan dan harta mereka bertambah banyak, dan mereka berkata: "Sesungguhnya nenek moyang kami pun telah merasai penderitaan dan kesenangan", maka Kami timpakan siksaan atas mereka dengan sekonyong-konyong sedang mereka tidak menyadarinya. (7:95)
Kata-kata ibu juga memujuk dan mengubat duka saya. ''takpe, kita usaha dulu.Banyakkan doa dan berikhtiar. Sehabis mungkin. Kesenangan tu akan datang lepas kesusahan yang kita hadapi''

Benar-benar berimankah kamu?

Allah tidak akan membebani kita dengan apa yang kita tidak mampu.

Layakkah kita mengatakan kita benar-benar beriman jika kita masih belum diuji? (29:2)

Wallahua'lam.

N.B: doakan saya!!

Sunday, May 31, 2009

ceritera hidup


Assalamualaikum wbt

Hidup adalah suatu perjalanan yang mungkin menyusahkan dan juga juga menyenangkan. Tiada yang mudah dalam hudup sebenarnya. Setiap orang ada masalah mereka sendiri. Tiada yang hidup tanpa masalah. Dan masalah juga menjadi perencah kematangan diri kita.

Saya
Saya hidup sebagai pelajar. Belajar di luar negara. Di sebuah negara barat dan terletak di eropah. Saya tidak pernah berfikir akan sampai ke tahap ini. Ketika di sekolah menengah, saya tidak tergolong dalam pelajar-pelajar kelas hadapan. Dan saya percaya saya tidak mempunyai keupayaan yang bagus dalam subjek sains.

Perancangan Allah maha hebat. Saya tidak menyangka keputusan SPM saya melayakkan saya untuk memohon biasiswa dan mendapat panggilan temuduga. Temuduga itu saya hadiri tanpa cukup bersedia kerana saya baru pulang dari menyertai perkhemahan sebelum itu. Esei-esi yang perlu dibuat hanya dapat saya siapkan sebelum pagi temuduga tersebut. Hadir pada temuduga juga saya terlambat hampir setengah jam.

Saya tidak menaruh keyakinan yang tinggi untuk mendapat tawaran biasiswa tersebut memandangkan saya tidak dapat menjawab banyak soalan-soaln yang dikemukakan. Saya masih ingat satu soalan yang ditanya mengenai tema hari guru, dan saya menjawabnya, 'eh dah keluar ke tema tu?tak tahu' dan untuk satu soalan dalam seisi english yang saya cakap, ''may i speak in malay?

dapat anda bayangkan?? Ia memang melucukan.

Sebulan di matrik. Satu petang, saya mendapat panggilan. Tawaran biasiswa ke luar negara. Pegawai tu cakap, saya kena bagi jawapan saya esok paginya.

Agak sukar ingin membuat keputusan pada masa itu. Berbekalkan pandangan ibubapa, adik-beradik dan kawan-kawan, saya mengisi borang permohonan keluar dari pusat matrikulasi pada esoknya.

Dua tahun di kolej persediaan. Penuh suka-duka. I will share my experiences there in next post.

Sungguh besar kurniaan-Mu
Perancangan Allah pada saya cukup hebat. Saya tidak tahu perihal bidang yang saya ambil pada awalnya. Special Education. What it is? Kemudian,
psychology pulak. Psychology? be a psychotic??
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2, 216)
Sejak kecil, keluarga saya mengharapkan saya dapat menjadi seorang doktor. Dan saya membesar dengan cita-cita untuk menjadi seorang doktor. Walaupun saya tahu, kebolehan saya tidak begitu baik untuk bidang ini.
(
this is not a pessimistic statement. We have different abilities and strengths, and we need to explore what our strengths and special abilities and also our weaknesses. Why? because we are unique.;))

Ada juga offer untuk pelanjutan belajar jurusan kedoktoran di Mesir yang memanggil. Namun, ibu saya membuat keputusan menolak tawaran untuk pihak saya. Padahal saya tidak mengetahuinya sehingga saya telah menerima tawaran lain padahal tawaran ke Mesir singgah lebih awal. Saya tidak menyesal. I believe my mum knows better what is good for me.

Masalah dan ujian datang silih berganti. Dan saya perlu berusaha mengatasi masalah yang menghinggapi saya pada ketika ini. Moga Allah memberikan penyudahan yang baik untuk setiap permasalahan kita. Ameen.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (29.2)

Wallahua'lam.