Friday, April 3, 2009

cerita kawan saya

Assalamualaikum wbt

Saya ada seorang kawan. Dia berasal dari S****** dan merupakan rakan sekelas saya. Saya mula berkenalan dengannya secara rapat pada hari raya pertama Kurban1430M. Ketika itu, saya sedang megelamun menunggu lecturer datang. Dia datang ke arah saya dan megucapkan selamat hari raya aidiladha. Saya agak terkejut dan mengucapkan terima kasih kepadanya..maka bermulalah sebuah perbualan..

saya : are u a muslim?
kawan : yes, I just be a muslim about 6 months ago.

Rasa bahagia pada hari tersebut. Dengan situasi dalam dewan kuliah yang hanya mempunyai seorang sahaja yang bertudung yakni saya, sudah pasti saya tidak menjangka ada insan lain yang juga sama akidahnya dengan saya.

Pernah sekali saya memberanikan diri bertanyakan perihal keislamannya. Dia tidak pernah berfikir dan merancang untuk revert to Islam. Semuanya bermula dengan apa yang menimpa ibunya.

Ibunya pernah mengalami masalah dalam pengambilan arak yang berlebihan. Ditambah dengan sikap ibunya yang hanya minum di dalam rumah, dia hanya mampu melihat keadaan ibunya dan sukar untuk diatasi masalah itu. Keadaan ibunya pada ketika itu agak kronik namun ibunya enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

suatu ketika, dia terlintas untuk memasuki masjid dan berdoa. Dia menyatakan dalam doanya, jika Tuhan Islam adalah agama yang benar, maka sembuhkanlah ibunya dari pengambilan arak.

Doanya dimakbulkan. Ibunya sembuh dari belenggu arak sama sekali tanpa perlu pengambilan ubat atau sesi kaunseling. Saat itu, dia yakin bahawanya Islam adalah agama yang dicari selama ini.

Keislamannya tidak dihebahkan kepada siapa-siapa. Walhal ahli keluarganya juga tidak mengetahui. Dia diberikan kemudahan untuk mempelajari Islam dengan pekerjaannya sebagai pembantu di salah sebuah kedai makan halal.

Ceritanya persis dengan cerita ghulam.









Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

(QS. Al-Fatihah [1]: 6)

Ameen.

No comments: