Saturday, February 14, 2009

saya sebagai bahan kajian

Assalamualaikum wbt

Pada dua minggu yang lepas, saya menyertai eksperimen yang mana bahan kajiannya adalah manusia (psychology research). Penyertaan ke atas eksperimen-eksperimen ini adalah diwajibkan kerana penyertaan ini menyumbangkan markah untuk ijazah secara keseluruhan. Setiap semester pada tahun 1 dan 2, saya perlu menyertai sekurang-kurangnya 5 atau 6 kerana perlu mengumpul 12 kredit untuk mendapat gred A. Kebiasaanya, satu eksperimen memberi 1, 2 atau 3 kredit. 1 kredit mengambil masa 30 minit. Saya juga akan mendapat printer credit percuma(kebiasaan, 1 kredit=2 pound) sebagai saguhati menyertai eksperimen.

Penyertaan eksperimen ini kononnya untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar saikologi kerana pada tahun ke tiga, kami akan diberi peluang menjalankan kajian ini untuk projek tahun akhir.

Semester 1, saya berjaya mengumpul 14 kredit padahal sekurang-kurangnya hanya perlu mengumpul 12 kredit. Agak best, kerana ia adalah pengalaman baru, dan macam-macam jenis eksperimen. Ada yang pelik, mengarut, mengantuk, main bantai je dan lain-lain.

2 eksperimen yang terbaru saya sertai

suka untuk berkongsi. sebab tidak ramai yang berpeluang mengalami jadi bahan eksperimen.

eksperimen 1:
biological motion and personality
Aim: to examine how personality and other factors may affect the way we move our bodies. We are interested in learning whether these factors might be valuable in predicting the way we walk.
perasaan selepas menyertai eksperimen ini: kajian agak mengarut!!!

Saya diarahkan melakukan empat tugasan

#1
saya diberikan semacam plaster hijau untuk ditampal ke atas pakaian saya. dekat tangan, lutut dan banyak lagi.

#2
selepas itu, saya diarahkan pergi ke satu bilik untuk menjawab questionnaire untuk mengumpul demographic data seperti jantina dan umur. kemudian, menjawab questionnaire yang mengarut kerana semua soalan-soalannya adalah 18sx.

#3
selesai menjawab soalan-soalan tersebut, saya kembali ke bilik di mana eksperimenter berada. kemudian, saya diarahkan berjalan di koridor sebanyak 5 pusingan sambil di pakaian ada plaster hijau dan cara jalan saya direkod.

#4
ada satu lagi tugasan, iaitu tugasan komputer. saya ditunjukkan wajah seorang perempuan, dan perlu memberi rate saya ke atas muka-muka(wajah yang sama, sedikit perubahan pada muka) tersebut, samada muka tersebut adalah sihat, mudah depress, terlibat dalam long term or short term relationship dan banyak lagi. kemudian, saya ditunjukkan video cara jalan 2 orang yang direkodkan( peserta eksperimen sebelum saya) yang telah diconvert kepada stick movement ie orang lidi jalan. saya ditanya beberapa soalan berdasarkan video itu.

tambahan:
sedikit penipuan berlaku. cara jalan saya telah direkodkan semenjak saya keluar dari bilik selepas menjawab questionnaire. penipuan ini hanya direvealkan selepas cara jalan saya direkodkan selepas diberitahu( tugasan 3). experimenter meminta kebenaran saya samada membenarkan atau tidak penggunaan cara jalan saya (rekod tanpa mintak) digunakan. sebab saya baik hati, saya memberikan kebenaran. kononnya ia direkodkan sebelum dan selepas untuk melihat samada wujud demand characteristics.


eksperimen 2:
aim: examine how different ways of presenting stimuli affect the capacity of visual short-term memory.

perasaan selepas menyiapkan tugasan: letih dan mengantuk.

saya diletakkan di sebuah bilik, menghadap komputer. saya diflashkan items sebanyak 3 flash dan perlu mengenalpasti samada objek yang diflashkan wujud atau tidak pada flash yang terakhir. agak susah kerana objek yanhg ditunjukkan adalah 4 segiempat sama berwarna yang berlainan dan 4 bentuk tidak berwarna dalam satu display. selepas 3 flash yang sangat pantas, saya perlu memberikan judgement samada bentuk atau segiempat yang berwarna sama atau berbeza dengan flash yang terakhir.300 lebih flash yang berlainan yang perlu saya selesaikan.



Hanya Allah sandaran terbaik.
Wallahua'lam.


Sunday, February 8, 2009

ini tipikal

Assalamualaikum wbt

1. So, can you read my mind now? can you guess what I'm thinking now?

2. Why you come and study in Bangor? why not other places?

Skema jawapan

1. sorry, I do not learn about it yet.
Ini jawapan tidak mahu memberi penjelasan panjang yang mungkin rumit untuk difahami+ kurang pasti betul ke orang belajar saikologi boleh baca minda orang?
Saya berpendapat orang yang mempelajari saikologi mungkin hanya boleh meneka dan mengagak, bukan mengetahuinya dengan sekadar memandang muka!!..tapi rasanya semua orang kecuali orang-orang yang mempunyai mental illness seperti autism mungkin mengalaminya( rujuk entri teori minda)

*tipikal soalan apabila saya memberitahu saya student psychology.

2.
jawapan biasa : i have no choice
jawapan luar biasa: because psychology's research here is great and excellent!!( ini adalah
penyataan sahih)


Redha dengan ketetapan dan ketentuan Allah.
Penetapan Allah adalah yang terbaik.






Allah lebih mengetahui segala-galanya.

Thursday, February 5, 2009

Theory of Mind a.k.a teori minda

Assalamualaikum wbt.

Theory of mind is the ability to attribute mental states—beliefs, intents, desires, pretending, knowledge, etc.—to oneself and others and to understand that others have beliefs, desires and intentions that are different from one's own.[1]^ Premack, D. G. & Woodruff, G. (1978). Does the chimpanzee have a theory of mind? Behavioral and Brain Sciences, 1, 515-526.

Dalam bahasa yang ringkas, teori minda bermaksud kebolehan untuk membaca minda orang lain dan menyedari bahawasanaya orang lain mempunyai persepsi yang berlainan dengan kita mengenai sesuatu perkara.

kebolehan teori minda merupakan kemahiran yang penting dalam interaksi sosial kerana seseorang yang mempunyai kelemahan dalam teori minda mengalami masa sukar untuk melihat sesuatu perkara berdasarkan perspektif lain selain perspektif sendiri.

Saikologist barat memperkenalkan Sally-Anne task untuk menunjukkan perbezaan seseorang yang menguasai teori minda ini dibandingkan dengan seseorang yang gagal memahami teori ini. Tugasan ini melibatkan kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, di mana kanak-kanak yang trlibat dalam eksperimen ini akan melihat satu scene ringkas oleh eksperimenter.

Tugasan mudah untuk teori ini adalah seperti berikut:


1. Pengenalan watak. bear yang berwarna coklat bernama Sally. Sally ada sebiji kotak yang berwarna putih. Bear yang berwarna merah adalah Anne. Anne ada sebiji kotak juga.



2. Sally memasukkan sebiji guli (andaikan ia guli) ke dalam kotaknya. Selepas itu Sally keluar dari scene ini.

2. Anne kemudiaannya pergi ke arah kotak Sally dan mengambil guli di dalam kotak Sally. Dia memindahkan guli tersebut ke dalam kotaknya.



3. Sally kembali muncul dalam situasi ini. Kanak-kanak yang terlibat dalam eksperimen ini ditanya, 'di manakah Sally akan mencari gulinya? adakah di dalam kotaknya atau kotak Anne?'

Kanak-kanak yang memberikan jawapan 'kotak Sally' lulus dalam tugasan ini.

Pada tahun 1985, Simon Baron Cohen et. al menjalankan eksperimen ini yang melibatkan 61 kanak-kanak, iaitu 20 adalah autistik, 14 down's syndrome dan 27 adalah sihat dan normal.
16 daripada 20 kanak-kanak autistik (80%) gagal dalam tugasan ini.

Kesimpulan yang dapat saya berikan, kanak-kanak yang didiagnosiskan mengalami autistik berkemungkinan besar mengalami masalah dalam memahami sesuatu di luar perspektifnya. Maka ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mencegah kekurangan ini kerana latihan sejak kecil dapat membantu kanak-kanak autistik bergaul dalam masyarakat.

n.b: Ini adalah tajuk presentation yang saya bentangkan. Suka untuk berkongsi perihal ini.
Autism is a brain development disorder characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior. (Wikipedia, n.d)

Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Wednesday, February 4, 2009

here i am..BANgor

Assalamualaikum wbt

'Bangor' itself is an old Welsh word for a type of fenced-in enclosure, such as was originally on the site of the cathedral.( Wikipedia, n.d)

Why Bangor?
My sponsor asked me to pursue study in clinical psychology. There are only 2 universities in entire UK offer this course, which is Bangor University and Kent University. I chose Bangor as only this university in my UCAS list.( My sponsor asked me to change my course from psychology to clinical psychology after UCAS application already terminated.)

Description of Bangor
Small town, like pekan koboi mungkin..

Gambar di Stesen keretapi Bangor. Hanya mempunyai 2 platform, yakni satu platfom ke Holyhead dan satu lagi ke semua tempat kecuali Holyhead.


High Street. Tempat membeli keperluan. Ada 3 kedai halal di kawasan ini.
Bangor Universiti dari pandangan atas.
Pier, jambatan di tengah laut, yang kedua terpanjang di Wales. Tempat ni sangat best!!
Pemandangan biasa ketika di dalam keretapi menuju ke Bangor. Tiada bangunan-bangunan tinggi lagi, hanya tinggal biri-biri.
Castle di Bangor. Agak panjang, semacam kubu pertahanan. Boleh masuk dengan bayaran.
Dekat dengan laut jugak. Angin laut memang best. Boleh ke Ireland menaiki kapal dari sini. (jika tidak salah fakta)


Gunung ganang mengelilingi Bangor..sangat lawa!! Masyaallah..Tempat ini namanya Snowdonia..Gunung ini boleh dilawati dan boleh samapi kemuncak dengan train!! tapi saya sendiri belum sampai, sekadar melawat sekeliling..gambar-gambar di bawah diambil tepat pada tahun lepas.Kiranya bukan indah khabar dari berita semata-mata.



putih-putih dalam gambar adalah biri-biri..dikatakan bilangan biri-biri adalah lagi banyak dari bilangan manusia di Wales.

Sekian.

n.b: Bangor dibandingkan dengan Manchester, bagai langit dengan bumi..whatever people say, i love this place!!just nice for studying..

Tuesday, February 3, 2009

Optimism versus pessimism

Assalamualaikum wbt.

1. Apa itu optimism?
Perasaan yakin sesuatu yang baik atau positif akan berlaku.

2. Sikap optimistik dalam penyelesaian masalah
Seligman ( 1998) menjelaskan seseorang yang optimist akan bertindak seperti berikut:
peristiwa negatif i.e perkara yang tidak baik sebagai:
luaran
ini berlaku di luar kawalan saya dan bukan disebabkan oleh saya
jangka pendek
ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang
spesifik
faktor lain perlu diambil kira

peristiwa positif i.e perkara yang menggembirakan sebagai:
dalaman
i did it!!

stabil
i always do well at this
global
i am good at this in general

Pesimistik mempunyai pemikiran yang bertentangan dengan optimistik.

Perhatikan contoh yang terdekat dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Ahmad mengalami kegagalan dalam mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan semesternya.A berasa sedih dengan keputusan peperiksaannya.

Ahmad yang optimistik akan menganggap kegagalannya dalam peperiksaan ini adalah:
luaran
saya telah berusaha dan bukan semua perkara dapat saya kawal

jangka pendek
pada peperiksaan akan datang, kegagalan ini tidak akan berlaku lagi
spesifik
ada faktor lain yang mengganggu konsentrasi saya dalam belajar untuk peperiksaan tersebut


Ahmad yang pesimistik akan menganggap kegagalannya dalam peperiksaan sebagai:
dalaman
saya memang bodoh!!

stabil
saya akan dapat keputusan peperiksaan yang sama pada peperiksaan akan datang sebab saya seorang yang tidak pandai

global
secara personalitinya, saya memang tidak pandai dalam hal ini

Pada pandangan kudus saya, optimistik adalah setara dengan bersangka baik. Islam menganjurkan penganutnya agar bersangka baik dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Pemikr yang optimis mampu menghadapi peristiwa-peristiwa negatif dalam hidup dengan baik hasil elemen-elemen ini kerana ia membantu kita berperasangka baik dengan apa yang terjadi. Akhirul kalam,

Nothing great was ever achieved without enthusiasm.
Ralph Waldo Emerson

"We need spirited, energetic and strong young people whose hearts are filled with life, enthusiasm, zeal and dynamism; whose souls are full of ambition, aspiration and vigor and have great goals, rising and aspiring to reach them until they eventually arrive at their destination."
Hasan al-Banna

Tuesday, January 20, 2009

what, DEPRESSION huh???

Assalamualaikum wbt

Ingin bercerita mengenai perihal depression and manic disorder, tetapi saya memerlukan masa membuat pengolahan daripada pembacaan.

say NO to depress!!


Satu teori oleh Beck (1976) : depression is due thinking.
Mana satu: emosi menyebabkan depression kepada life event, atau life event yang menyebabkan depression??

Akan disambung kemudian.

Wallahua'lam.

Saturday, January 17, 2009

Kenapa Palestin??

Assalamualaikum wbt

Baru sahaja menonton halaqah di tv9, yang memberi kupasan perihal al-aqsa. Kupasan yang sangat menarik dan mantap.

21 Ogos 1969. Ini tarikh kita.Tarikh pencabulan yahudi ke atas muslim.

Lihat juga http://bebaskan-alaqsa.tripod.com/id4.html

Wallahua'lam.