Saturday, February 14, 2009

saya sebagai bahan kajian

Assalamualaikum wbt

Pada dua minggu yang lepas, saya menyertai eksperimen yang mana bahan kajiannya adalah manusia (psychology research). Penyertaan ke atas eksperimen-eksperimen ini adalah diwajibkan kerana penyertaan ini menyumbangkan markah untuk ijazah secara keseluruhan. Setiap semester pada tahun 1 dan 2, saya perlu menyertai sekurang-kurangnya 5 atau 6 kerana perlu mengumpul 12 kredit untuk mendapat gred A. Kebiasaanya, satu eksperimen memberi 1, 2 atau 3 kredit. 1 kredit mengambil masa 30 minit. Saya juga akan mendapat printer credit percuma(kebiasaan, 1 kredit=2 pound) sebagai saguhati menyertai eksperimen.

Penyertaan eksperimen ini kononnya untuk memberi pengalaman kepada pelajar-pelajar saikologi kerana pada tahun ke tiga, kami akan diberi peluang menjalankan kajian ini untuk projek tahun akhir.

Semester 1, saya berjaya mengumpul 14 kredit padahal sekurang-kurangnya hanya perlu mengumpul 12 kredit. Agak best, kerana ia adalah pengalaman baru, dan macam-macam jenis eksperimen. Ada yang pelik, mengarut, mengantuk, main bantai je dan lain-lain.

2 eksperimen yang terbaru saya sertai

suka untuk berkongsi. sebab tidak ramai yang berpeluang mengalami jadi bahan eksperimen.

eksperimen 1:
biological motion and personality
Aim: to examine how personality and other factors may affect the way we move our bodies. We are interested in learning whether these factors might be valuable in predicting the way we walk.
perasaan selepas menyertai eksperimen ini: kajian agak mengarut!!!

Saya diarahkan melakukan empat tugasan

#1
saya diberikan semacam plaster hijau untuk ditampal ke atas pakaian saya. dekat tangan, lutut dan banyak lagi.

#2
selepas itu, saya diarahkan pergi ke satu bilik untuk menjawab questionnaire untuk mengumpul demographic data seperti jantina dan umur. kemudian, menjawab questionnaire yang mengarut kerana semua soalan-soalannya adalah 18sx.

#3
selesai menjawab soalan-soalan tersebut, saya kembali ke bilik di mana eksperimenter berada. kemudian, saya diarahkan berjalan di koridor sebanyak 5 pusingan sambil di pakaian ada plaster hijau dan cara jalan saya direkod.

#4
ada satu lagi tugasan, iaitu tugasan komputer. saya ditunjukkan wajah seorang perempuan, dan perlu memberi rate saya ke atas muka-muka(wajah yang sama, sedikit perubahan pada muka) tersebut, samada muka tersebut adalah sihat, mudah depress, terlibat dalam long term or short term relationship dan banyak lagi. kemudian, saya ditunjukkan video cara jalan 2 orang yang direkodkan( peserta eksperimen sebelum saya) yang telah diconvert kepada stick movement ie orang lidi jalan. saya ditanya beberapa soalan berdasarkan video itu.

tambahan:
sedikit penipuan berlaku. cara jalan saya telah direkodkan semenjak saya keluar dari bilik selepas menjawab questionnaire. penipuan ini hanya direvealkan selepas cara jalan saya direkodkan selepas diberitahu( tugasan 3). experimenter meminta kebenaran saya samada membenarkan atau tidak penggunaan cara jalan saya (rekod tanpa mintak) digunakan. sebab saya baik hati, saya memberikan kebenaran. kononnya ia direkodkan sebelum dan selepas untuk melihat samada wujud demand characteristics.


eksperimen 2:
aim: examine how different ways of presenting stimuli affect the capacity of visual short-term memory.

perasaan selepas menyiapkan tugasan: letih dan mengantuk.

saya diletakkan di sebuah bilik, menghadap komputer. saya diflashkan items sebanyak 3 flash dan perlu mengenalpasti samada objek yang diflashkan wujud atau tidak pada flash yang terakhir. agak susah kerana objek yanhg ditunjukkan adalah 4 segiempat sama berwarna yang berlainan dan 4 bentuk tidak berwarna dalam satu display. selepas 3 flash yang sangat pantas, saya perlu memberikan judgement samada bentuk atau segiempat yang berwarna sama atau berbeza dengan flash yang terakhir.300 lebih flash yang berlainan yang perlu saya selesaikan.



Hanya Allah sandaran terbaik.
Wallahua'lam.