Saturday, February 14, 2009

Perihal kemurungan 1

Assalamualaikum wbt

Major Depressive Disorders( MDD)

mempunyai 5+ simptom-simptom berikut, untuk sekurang-kurangnya 2 minggu

simptom utama: kemurungan, mood sedih( tiap-tiap hari atau hampir satu hari) atau hilang minat salam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang biasa dilakukan.

simptom-simptom yang berkaitan:

-kurang/bertambah mood makan- tambah/kurang berat badan
-imsomnia/hypersomnia
-letih/tidak bertenaga
-rasa diri tidak bernilai/berguna
-keupayaan untuk berfikir merosot/ konsetrasi
-perasaan berulang-ulang berkenaan nati, bunuh diri

statistik:
1. 1 daripada 5 orang di dunia ini memenuhi kriteria ini sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidup
2. nisbah mengikut jantina, 2:1 perempuan kepada lelaki
3. remaja (15-24) dan pertengahan (35-44) mempunyai kadar kemurungan tertinggi.

Elakkan diri berada dalam keadaan kemurungan atau mood sedih yang lama kerana ini akan menyebabkan hati dan semangat kita lemah. Pada saat ini, segala macam kejahatan yang dibisikkan oleh unsur-unsur jahat sangat senang menakluki fikiran kita. Kemurungan melampau mampu memberi efek yang tidak baik untuk masa depan juga.

Sokongan sosial sangat penting untuk menghadapi saat-saat sukar dalam hidup. memohon kekuatan diri dari Yang Maha Kuasa juga perlu. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan kepada kita,agar di saat kita sedih kita masih mempunyai banyak sebab untuk tidak mengeluh dan berasa sedih yang melampau.


{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

{Selamat atasmu karena kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat
kesudahan itu.}
(QS. Ar-Ra'd: 24)


Wallahua'lam

No comments: