Friday, April 24, 2009

apabila manusia ingin melawan kuasa Tuhan

Assalamualaikum wbt.
Coretan ini adalah berdasarkan satu kajian jangka panjang oleh pengkaji barat untuk membuktikan teorinya adalah betul dan bagi saya, adalah amat tidak masuk akal.

Kajian ini telah mencadangkan bahawa penentuan jantina seseorang boleh disebabkan oleh proses sosialisasi @ nurture.

Secara amnya, umum mengetahui penentuan jantina adalah disebabkan oleh biological system seseorang tersebut sejak dilahirkan.

Apa yang berlaku adalah seperti berikut:

Sepasang kembar lelaki telah dilahirkan dan seorang darinya mengalami sedikit kecacatan akibat kemalangan ketika di dalam bilik operasi. Kemalangan tersebut menyebabkan para doktor mengambil keputusan untuk menkasi organ perbiakannya aka penis .Kesannya, seorang kembar lelaki telah dibesarkan sebagai perempuan manakala kembarnya dibesarkan sebagai lelaki. Kembar perempuan tersebut bernama Brenda.

Brenda dibesarkan sebagai kanak-kanak perempuan yang normal, yakni mempunyai rambut yang panjang, bermain anak patung, memakai gaun..Benda juga telah 'diberikan' alat pembiakan perempuan secara pembedahan.

Pengkaji barat tersebut, iaitu Dr money yakin teori beliau telah berjaya pada masa itu kerana Brenda menunjukkan kecenderungan seperti kanak-kanak perempuan yang normal.

Namun, sikap Brenda mula berubah seiring dengan pembesarannya. Brenda mula cenderung untuk bersikap tomboy, bermain alat-alat permainan lelaki. Pengkaji tersebut dan para doktor berusaha memulihkan sikap Brenda dengan melakukan 'terapi' untuk memberikan keyakinan kepada Joan bahawasanya dia adalah seorang kanak-kanak perempuan.

Terapi tersebut gagal mengubah sikap Brenda. Brenda cenderung bersikap seperti lelaki. Sebagai contohnya, Brenda bersikap kasar, membuang air kecil dengan gaya seorang lelaki dan ini menyebabkan dia disisihkan oleh kawan-kawan perempuan. Dia memberontak untuk bertindak dan hidup sebagai lelaki.

Pada usia 14 tahun, Brenda telah membuat keputusan untuk dirinya. Dia ingin memilih salah satu pilihan samada membunuh diri atau menukar jantinanya kepada lelaki.

Akhirnya, ibubapa Brenda mengambil keputusan untuk memdedahkan kebenaran kepada anak-anaknya. Kebenaran tersebut sekaligus menyenangkan perasaan Brenda. Dia bertindak menukar jantinanya kepada lelaki dengan nama, David.

Lain pula yang berlaku kepada kembar lelakinya, iaitu Brian. Brian mengalami masalah mental sehingga menyebabkan szhirophenia menghantui hidupnya berikutan igauan kembarnya. Akhirnya, dia meninggal dunia akibat pengambilan dos ubat antidepressant berlebihan.

David gembira dengan hidupnya sebagai lelaki. Dia berjaya mempunyai keluarganya sendiri dan kerjaya. Namun dia mempunyai masalah dengan ibu bapanya akibat kisah silam. Dia juga mengalami tekanan akibat kematian kembarnya. Kesannya, dia kehilangan kerja dan isterinya meminta pengasingan hidup.

Tiga hari selepas itu, dia ditemui mati. Dia membunuh diri dengan menembak kepalanya.

Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Kepunyaan-Nya lah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. 57:1-2

Kesimpulannya, guna cara apa pun kita memang tak mampu nak melawan kuasa Allah. Berdasarkan cerita tu, jelas apa impaknya setelah cuba untuk mengubah ketetapan Allah. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang dikuriakan kepada kita kerana segalanya adalah pinjaman yang perlu dimanfaatkan, bukan untuk diubah. Pinjaman itu juga perlu dibalas dengan amalan-amalan baik sebagai tanda berterima kasih. Malah, jadilah juga peminjam kepada orang lain juga. Seperti mana firman Allah:

Siapakah yang mau meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak 57:11
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. 57:18

Ini adalah video dokumentari kisah kajian yang saya coretkan di atas.
Wallahua'lam.




No comments: