Thursday, April 16, 2009

praha dan kisahnya

Assalamualaikum wbt

Catatan perjalanan ini ditulis dan ditaip ketika dalam train menuju ke bangor dari London yang slow…sehingga megambil 6 jam untuk sampai ..perjalanan ini mengandungi tiga watak utama iaitu c wie, afiqah dan si penulis.



6 april 2008
Salah naik Trem, 2kali tukar, aiskrim dan anjing


Tiba di aiport, kami megambil bas bernumber 119 . Kemudian kami perlu menaiki subway @ metro ke nameti meru. Alhamdulillah, tiada apa-apa masalah timbul. Sesampai sahaja kami di Namesti meru, kami perlu menaiki trem aka train atas jalan raya ke karlovo namesti. Di sini bermulanya peristiwa melucukan apabila sesampainya kami di namesti meru, kelihatangerai aiskrim yang sangat best. Kami menghampiri tempat itu bertanyakan jika ada aiskrim yang dijual bersesuaian untuk vegetarian. Namun, persoalan kami tidak difahami memandangkan bahasa inggeris bukanlah bahasa utama di sini.

Ketika negotiation aiskrim masih berjalan, terdapat seekor anjing yang menghampiri kami seakan-akan mahu menegur kami!!kami gagal memeli aiskrim disebabkan komunikasi yang tidak berkesan. Kemudiannya, kami ternampak trem yang terpampang perkataan karlovo namesti. Kami berlari-lari anak ke arah trem itu.setelah berada di dalam trem tersebut hampir 30 minit, kami merasakanterdapat kemungkinan trem yang kami naik tidak menuju ke destinasi yang betul. Kami berhenti di stop yang seterusnya dan mencuba nasib menaiki trem yang lain. Di dalam trem tersebut, kami masih merasakanterdapat kemungkinan trem yang kami naik juga adalah salah. min mula mencari mangsa untuk bertanya. Alhamdulillah kami menjumpai seorang wanita yang memahami bahasa yang kami tuturkan dan beliau memberitahu kami perlu mengambil trem yang bertentangan arah dengan trem yang kami naiki sekarang. Kami berhenti di stop yang seterusnya dan megambil trem yang sepatutnya. Disebabkan rasa yang kurang yakin setelah tersalah naik, kami cuba mencari orang untuk bertanyakan adakah trem yang kami akin naik adalah menuju ke karlovo namesti. Mujur kami menemui seorang wanita yang memahami bahasa inggeris. Beliau mengesahkan kebenaran trem yang kami akan naik dan akan menunjukkan stop yang sepatutnya kami turun. Alhamdulillah kami Berjaya sampai. Perjalanan yang sepatutnya hanya megambil masa selama 45 minit menjadi hampir kepada 2 jam!!

Kami disambut oleh kak Firyal dan kawan serumahnya: kak alia, kak adilah, kak sharifah. Langkah kami kanan pada hari itu kerana kami disambut oleh hidangan nasi ayam yang lazat dari kak rusna.

7 April 2009
Prague castle, Charles Bridge, cruise

Kami melawat prague castle dan charles bridge pada hari ini.Juga cruise Prague Venice.. Lets pictures speak.





di dalam Praha castle







8 April 2009
Charles bridge 2 kali, bargain yang berjaya
Kami menuju ke old town aka jewish square. Kami membeli banyak souvenir seperti keychain, fridge magnet dll di easter market. Nasib kami baik kerana menjumpai satu kedai yang menawarkan harga yang murah hanya untuk kami setelah melakukan bargain untuk keychain!!harga yang biasa didapati di kedai-kedai lain adalah 90kc namun kami mendapat 60kc untuk 1 keychain!Setelah itu, kami menuju ke charles bridge untuk membeli souvenir lagi memandangkan harga souvenir di kawasan terse but seperti baju adalah lagi murah jika dibandingkan dengan kawasan lain berdasarkan perkiraan kami. Perjalananditeruskan ke peding hill. Kami tersilap mengambil jalan dan terpaksa berjalan di charles bridge sebanyak 2 kali untuk sampai ke petrin hill. Petrin hill juga tidak boleh dimasuki memandangkan ia hanya dibuka pada weekend.





9 April 2009
Sign language, Bila Ayam dan kambing bersapa
Hari ini, kami bercadang ke kawasan di luar prague, iaitu ^^^^ di mana terletaknya office site untuk bohemia crystal. Kami menaiki tain ke sana yang berharga 95kc seorang. Sesampainya kami di sana, kami tidak pasti di mana lokasi kedai terse but. Kami berjalan-jalan, merayau di kawasan sekitar untuk mencari kedai terse but. Pencarian kami menemukan sebuah kedai kecil. Kami bertanyakan di mana lokasi kedai kystal terse but. Malangnya, lelaki di dalam kedai terse but langsung tidak Meacham pertanyaan kami. Dia membalas pertanyaan kami dengan memberikan penerangan yang panjang lebar yang kami tidak ketahui maksudnya. ‘^^^^’ min membalas. ‘Ano?’ lelaki tersebut membalas. Kami yakni, c wie, fiqah dan min ‘no!!’

kesimpulannya: ano maknanyaYES, ne maknanya NO

patut la pakcik tersebut duk asyik cakap ano..kami ingatkan dia maksudkan no...
Hahaha….it was sooo funny..pakcik terse but yang masih tidak berpuas hati untuk memberikan perjelasankepada kami, membawa kami berjumpaseorang wanita. Kami cuba bertanya kepada wanita terse but. Dia cua memahamkan pertanyaan kami dan menunjukkan peta kawasan terse but dan memberikan direction serba sedikit. Kami meneruskan perjalanan mengikut perjelasasan wanita terse but walaupun kami sebenarnya tidak begitu memahamiperjelasannya yuang diberikan dalam bahasa Czech. Setelah merayau-rayau di kawasan sekitar, Alhamdulillah kami menemukan signboard berlabel BOHEMIA CRYTAL. Syukur!!sebenarnya lokasi kedai tersebut hanyalah bersebelahan dengan train station di tempat kami turun, cuma kami tidak memandang ke arah kiri, tetapi menuju ke arah kanan!!sooo funny…namun keletihan kami hilang setelah melihat kilauan barangan Kristal yang bersinar yang berupa hiasan, pinggan mangkuk dll dengan harga yang murah!!!memang rambang mata..typical wanita katakan…hahaha..gamaknya, kami ingin membeli dengan banyak dari kedai tersebut..namun kami sedar halangan yang terpaksa dihadapi untuk membawanya pulang dengan kapal terbang..



setelah selesai membeli belah di kedai trsebut, kami mnuju ke kedai makan yang berhampiran. Kami sekadar makanan yang ringan untuk lunch memandangkan tiada kedai halal di kawasan terse but. Kami dilayan baik oleh makcik di kedai tersebut dan beliau mengoferkan diri untuk megambil gambar kami bertiga.

Kemudian, kami berlepak-lepak di taman yang berdekatan tempat terse but..lawa taman ini..pada jam 3:54, kami kembali ke train station untuk pulang ke Praha.

10 April 2009
Kami bertolak ke airport sekitar jam 3 petang selepas meronda-ronda ke kawasan sekitar Prague yang tidak jauh dari tempat kami menginap. Flight kami adalah pukul 7 malam dan kami sampai awal di airport..selepas check in, kami meronda-ronda kawasan kedai untuk menghabiskan sisa-sisa duit czech koruna dengan membeli perhiasan kristal lagi..dan hajat Afiqah juga berjaya dicapai di airport tersebut..

dalam flight, kami hanya makan biskut asda tajaan Afiqah untuk menanggung kelaparan perut..Alhamdulillah kami tiba di London Luton pada 9 malam+ dan mengambil bas ke victoria station..sampai kembali ke penginapan aisha, beliau menghidangkan makanan malam buat kami yang kelaparan..sangat terharu!!!





Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). 3:137

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). 16: 36


Wallahua'lam




No comments: