Saturday, January 17, 2009

e.x.a.m s.t.r.e.s.s

Assalamualaikum wbt.

Kajian yang dilakukan oleh Cohen, Evans, Sto
kols et al. (1986) telah mendapati kadar stress yang tinggi mampu melemahkan memori dan perhatian dalam aktiviti kognitif( berfikir, mengingat dan yang sewaktu dengannya). Sebagai contohnya, ramai pelajar melaporkan mengalami pengalaman tidak dapat menjawab soalan ketika dalam dewan peperiksaan yang boleh dianggap tip of their tongue dan pelajaran yang diulangkaji pada malam sebelum peperiksaan juga tidak mampu diingati balik pada saat di dalam dewan peperiksaan. ( saya sebagai seorang penuntut memang tidak lari dari perasaan ini juga.)

Maka, elakkan mood kita terganggu ketika minggu pep
eriksaan berjalan. Berusaha sedaya boleh dan harapkan yang terbaik dari-Nya.
Twakkul: Make Du'a, Do your best, And leave the Rest To Allah.

Friday, January 16, 2009

jauhi ini...

Assalamualaikum wbt

3 good things for me today:
1. sy mula usrah online
2. masak ikan salmon singgang
3. sihat walafiat..aman..

Sabda Nabi SAW (PBUH), daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari.

Berkenaan marah @ hostility berdasarkan psychological view:

1. Type A behaviour
-Competitive, time- urgent, easily annoyed, achievement oriented, prone to hostility.
-person with this type of behaviour may increase the likelihood of encouraging stress.
-hostile individuals have been found to engage in health risk behaviour such as heart disease for example excessive smoking ( Lipkus, Barefoot, Williams et al 1994)
-generally more stress-reactive than non-hostile individuals.( Suarez and Williams 1989)

2. hostility is a possible risk factor for development of coronary heart disease. ( Hemingway and Marmot 1999).

Reference
An introduction to health psychology ( Val Morrison and Paul Bennet, 2006)

Firman Allah:
Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: "Bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim."(21:87)

Nabi SAW(PBUH) mengulangi larangan menjauhi marah sebanyak 2 kali dalam hadits tersebut, menunjukkan betapa sikap marah itu perlu dielakkan. Firman Allah pula menyatakan Allah menyulitkan pekerjaan orang yang melakukan sesuatu kerja dalam keadaan marah.

Kajian barat telah membuktikan implikasi negatif sikap amarah mampu memberi kesan kepada kehidupan kita. Pendek kata, jangan cepat marah, nanti cepat stress!!

N.B: sikap marah dapat dikategorikan kepada dua:
# sikap marah yang dicela: mengikut hawa nafsu, memaki hamun.
# sikap marah yang dipuji: mempertahankan hak, melihat kemungkaran dan perkara yang dibenci Allah.
Penyataan di atas adalah relevant kepada sikap marah yang dicela sahaja.

Wallahua'lam





Thursday, January 15, 2009

redha saje lah kan..


Assalamualaikum wbt.

3 good things for me today:
1. I received my new winter coat by mail
2. finished 1 paper of exam (1 more!!)
3. meet my friends!!



Gambar di atas menunjukkan jalan wajib ke bangunan wheldon ie psychology school.
siapa yang jalan tak semput memang mantap!!!(sy memang akan semput) ..dugaan belajar..redha..

Jika mereka sungguh-sungguh redha dengan apa yang diberikan Allah dan Rasul-Nya kepada mereka, dan berkata: "Cukuplah Allah bagi kami, Allah akan memberikan kepada kami sebahagian dari kurnia-Nya dan demikian (pula) Rasul-Nya, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berharap kepada Allah", (tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka). (9:59)


Tuesday, January 13, 2009

ohoho..2

Assalamualaikum wbt

kesan pengambilan minuman beralkohol di US (US, Hingson et al, 2003)

#mati
1700 pelajar kolej (18/24) mati setiap tahun pengambilan alkohol (termasuk kematian disebabkan kemalangan di jalan raya)

#kecederaan
599 000 pelajar terlibat dalam kecederaan tanpa sengaja disebabkan pengaruh alkohol

#penganiayaan seksual
lebih daripada 97 000 pelajar (18/24) menjadi mangsa perkosaan dan rogol di bawah pengaruh alkohol

#seks tidak selamat
400 000 pelajar terlibat dalam seks yang tidak selamat dan lebih daripada 100 000 terlibat dengan seks dalam keadaan mabuk

Ada lagi beberapa fakta yang tidak disebutkan. Jelas menunjukkan pengambilan arak yang telah dilarang oleh Allah membawa seribu satu bencana kepada manusia itu sendiri. Ini berlaku di negara barat yang menjadi kuasa monopoli dunia. Jadi sepatutnya bangsa yang tidak mengambil dan terlibat dalam gejala minum-minum perlu lagi maju la kan???

n.b: apa anda fikir??

Saturday, January 10, 2009

ohoho..1

Assalamualaikum wbt.

Teringat situasi yang berlaku dalam lecture clinical and health psychology. Tajuk lecture hari tersebut adalah binge drinking. Sebelum Dr Hosier Steve memulakan lecture tersebut, beliau bertanya beberapa soalan.

soalan 1# berapa ramai yang tak pernah minum alkohol?
reaksi kelas: 7 tangan angkat daripada 200 lebih pelajar..(termasuk sy dan Dr. Hosier)

soalan 2# berapa ramai minum tiap-tiap minggu?
reaksi kelas: half from class angkat tangan

soalan 3# berapa ramai minum tiap-tiap hari?
reaksi kelas: dalam 70 orang lebih mengangkat tangan ( fuh, mantap sungguh mereka ni!!)

Jom tengok kesan pengambilan alkohol melampau di UK (Gill, 2002)

#kesihatan seksual
16% telah diambil kesempatan dan 8% mengambil kesempatan (you should get what i mean)

#kecederaan/ kerosakan
20% lelaki, 6% perempuan menyebabkan kerosakan awam
50% lelaki dicederakan, 15% mencederakan orang awam
21% lelaki dan perempuan cedera, 28% terlibat dalam pergaduhan

#akademik
tidak hadir kuliah dan yang sewaktu dengannya

#kesihatan
risiko penyakit jantung/hati meningkat

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). "(5:91)

n.b: kat Malaysia camne pulak??ohoho...

A-B-C-D-E training

Assalamualaikum wbt..

Latihan untuk menjadi lebih optimis dalam berfikir dan membuat keputusan (OPTIMISM TRAINING)

ADVERSITY- masalah yakni perkara yang menyerabutkan fikiran

BELIEF- kepercayaan atau perspepsi kita b
erkenaan masalah itu

CONSEQUENCE mood change-perubahan mood yang terjadi disebabkan masalah

DISPUTATION- contoversy, argument @ pengolakan jiwa??pencarian penjelasan alternatif kepada diri sendiri melalui penjelasan yang positif

ENERGISATION-bertenaga kembali!!


contoh kes @ dilema ringkas:

A- kawan baik saya tidak membalas mesej saya dan tidak menghubungi saya
B- mungkin dia tidak menganggap saya kawan baik dia dan mungkin juga dia tidak mahu mempedulikan saya lagi
C- saya ok je, cuma rasa sedikit kecewa dengan sikap dia
D- tapi, saya percaya dia menganggap saya adalah kawan baik dia. Kami baru sahaja menghabiskan masa bersama di bandar dan makan2 minggu lepas. dia mungkin sibuk dengan kerja-kerjanya!!dia juga mungkin mengalami masalah dengan telefon dia..mungkin juga free minutes @ credit top up dia dah habis!!
E- oh saya rasa sudah ok dan lagi positif!!

Penyelesaian masalah semudah A-B-C-D-E..berfikiran positif itu sangat baik dan sangat membantu dalam penyelesaian seseuatu perkara..jangan menyerah kepada masalah tetapi cari penyelesaian yang terbaik!!our thinking and perspectives really give a big impact in finding the solution to problem...so be a positive thinker..

thing to ponder: separuh penuh atau separuh kosong???

wallahu a'lam

Friday, January 9, 2009

3 good things..

assalamualaikum wbt

satu simple tabiat yang boleh membantu menceriakan hidup dan mengurangkan stress.

keep a book and write 3 good things that happen to you and make you happy today!! make it as habit for 3 months and Insyaallah this habit can make you 'far away' from depression or stress.

contoh 3 perkara yang buat saya rasa gembira hari ini:
1.sorang pakcik mat saleh cuba buat lawak yang buat saya tergelak.
2. muka dah tak rasa kejang macam semalam
3. hidung saya dah tak tersumbat!!


Cadangan saya, mungkin menulis tidak menjadi kebiasaan, apa kata sebelum tidur kita fikirkan dan mengingati perkara yang menyenangkan kita pada hari itu..maka sebelum tidur sudah tentu kita mampu tersenyum!!

jika rasa tak ada perkara yang membuatkan kita gembira hari ini, at least kita rasa gembira sebab kita dalam keadaan aman. Juga kita sebagai muslim, we have 2 things that should make we happy everyday, yakni nikmat Iman dan Islam..

[2.152] Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

This habit is from Seligman's idea (American Psychological Association leader). The research had been conducted and participants who kept this habit showed more positive emotion after 3 months.

Sedikit cetusan..