Wednesday, April 15, 2009

Subhanallah..

Assalamualaikum wbt

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
13.3







Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.15.19









Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
17.37



Dan Dia menancapkan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk. 16.15


Wallahua'lam

Friday, April 3, 2009

cerita kawan saya

Assalamualaikum wbt

Saya ada seorang kawan. Dia berasal dari S****** dan merupakan rakan sekelas saya. Saya mula berkenalan dengannya secara rapat pada hari raya pertama Kurban1430M. Ketika itu, saya sedang megelamun menunggu lecturer datang. Dia datang ke arah saya dan megucapkan selamat hari raya aidiladha. Saya agak terkejut dan mengucapkan terima kasih kepadanya..maka bermulalah sebuah perbualan..

saya : are u a muslim?
kawan : yes, I just be a muslim about 6 months ago.

Rasa bahagia pada hari tersebut. Dengan situasi dalam dewan kuliah yang hanya mempunyai seorang sahaja yang bertudung yakni saya, sudah pasti saya tidak menjangka ada insan lain yang juga sama akidahnya dengan saya.

Pernah sekali saya memberanikan diri bertanyakan perihal keislamannya. Dia tidak pernah berfikir dan merancang untuk revert to Islam. Semuanya bermula dengan apa yang menimpa ibunya.

Ibunya pernah mengalami masalah dalam pengambilan arak yang berlebihan. Ditambah dengan sikap ibunya yang hanya minum di dalam rumah, dia hanya mampu melihat keadaan ibunya dan sukar untuk diatasi masalah itu. Keadaan ibunya pada ketika itu agak kronik namun ibunya enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

suatu ketika, dia terlintas untuk memasuki masjid dan berdoa. Dia menyatakan dalam doanya, jika Tuhan Islam adalah agama yang benar, maka sembuhkanlah ibunya dari pengambilan arak.

Doanya dimakbulkan. Ibunya sembuh dari belenggu arak sama sekali tanpa perlu pengambilan ubat atau sesi kaunseling. Saat itu, dia yakin bahawanya Islam adalah agama yang dicari selama ini.

Keislamannya tidak dihebahkan kepada siapa-siapa. Walhal ahli keluarganya juga tidak mengetahui. Dia diberikan kemudahan untuk mempelajari Islam dengan pekerjaannya sebagai pembantu di salah sebuah kedai makan halal.

Ceritanya persis dengan cerita ghulam.









Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

(QS. Al-Fatihah [1]: 6)

Ameen.

Wednesday, April 1, 2009

ini anti sosial!!

Assalamualaikum wbt
Dua perkara yang boleh dikategorikan anti sosial:

1. sumbat telinga dengan earphone sambil cakap dengan orang lain.




2. Letak kaki di atas tempat duduk kosong seperti di dalam keretapi.


Ini adalah contoh-contoh berdasarkan pemerhatian saya ketika travel melalui perbualan orang-orang tua di UK.

Elakkan mengamalkan perbuatan ini.
Sekadar perkongian.

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. 2:177

Tuesday, March 31, 2009

perihal otak 2

Assalamualaikum wbt

Saya berpeluang 'merasai' pengalaman memegang otak manusia yang sebenar. Ini berikutan kelas praktikal untuk modul brain and mind dan hanya pelajar-pelajar tahun 1 yang berpeluang menyertai seisi ini. Kami juga perlu menandatangani consent form untuk sesi kelas ini kerana berurusan sel manusia perlu dijalankan secara confidential dan berhati-hati.

Subhanallah, otak kita sebenarnya sangat amazing!! saiz otak yang saya pegang agak besar dari kedua tapak tangan saya. Saya perlu memegangnya dengan kedua belah tangan kerana jisimnya agak berat.

Saya juga sempat melihat bahagian-bahagian otak secara spesifik. sungguh mengagumkan ciptaan Allah..contohnya,
pituatary gland mempunyai saiz lubang yang besar sedikit dari lubang jarum namun fungsinya sangat besar kepada fungsi badan.

Fungsi otak meliputi segala gerak kerja manusia. Emotion, cognive, executive functions etc. Kerosakan satu bahagian kecil dalam otak kita juga mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan sehari-harian.

Jom selusuri beberapa penyakit disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak manusia:

APHASIA
masalah penghasilan ucapan/kata-kata dengan lancar

DEEP DYSPHASIA
bermasalah dalam dalam menulis perkataan yang diulang dan akan menulis atau megulang sebut perkataaan yang hampir sama. contohnya, 'harimau' diinterpretasi sebagai 'singa'

PROSOPAGNOSIA
loss of face knowledge


Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran. 2:26

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal 3:190

Hargai otak anda!!!gunakan akal kita sebaik-baiknya!!




Tuesday, February 17, 2009

perihal otak 1---tono tono??--

Assalamualaikum wbt.








Pak cik ini mengalami masalah dalam penghasilan bahasa walaupun memahami soalan yang ditanya. Ini disebabkan oleh kerosakan otak pada broca area di inferior prefrontal cortex.


Ini pulak disebabkan oleh ketidakmampuan otak memahami soalan.





Kadangkala saya terfikir, adakah saya susah memahami percakapan orang-orang tua di UK disebabkan slang mereka atau disebabkan mereka mengalami sedikit masalah pada bahagian broca atau wernicke.

Sunnatullah, yang muda akan beransur tua, yang elok akan jadi rosak.

Wallahua'lam

Monday, February 16, 2009

baba...dada..

Assalamualaikum wbt.

Ini sangat menarik!!
Luangkan 3 minit masa anda untuk melihat dan mendengar video di bawah.
Anda akan mendengar dua bunyi yang berlainan untuk video yang sama.
Dengar dengan teliti apa yang disebutkan dalam video tersebut dengan melihat video.

Apa yang anda dengar pada pertama kalinya dengan melihat video??
Apa yang saya dengar adalah dada..dada..dada..

Dengar untuk kali keduanya dengan menutup mata/tidak melihat video..ada perbezaan bunyi tak??
Apa yang saya dengar adalah baba..baba..baba..




Ini dipanggil McGurk effects.
Rujukan lanjut di http://en.wikipedia.org/wiki/McGurk_Effect

Saturday, February 14, 2009

Perihal kemurungan 1

Assalamualaikum wbt

Major Depressive Disorders( MDD)

mempunyai 5+ simptom-simptom berikut, untuk sekurang-kurangnya 2 minggu

simptom utama: kemurungan, mood sedih( tiap-tiap hari atau hampir satu hari) atau hilang minat salam melakukan aktiviti-aktiviti harian yang biasa dilakukan.

simptom-simptom yang berkaitan:

-kurang/bertambah mood makan- tambah/kurang berat badan
-imsomnia/hypersomnia
-letih/tidak bertenaga
-rasa diri tidak bernilai/berguna
-keupayaan untuk berfikir merosot/ konsetrasi
-perasaan berulang-ulang berkenaan nati, bunuh diri

statistik:
1. 1 daripada 5 orang di dunia ini memenuhi kriteria ini sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidup
2. nisbah mengikut jantina, 2:1 perempuan kepada lelaki
3. remaja (15-24) dan pertengahan (35-44) mempunyai kadar kemurungan tertinggi.

Elakkan diri berada dalam keadaan kemurungan atau mood sedih yang lama kerana ini akan menyebabkan hati dan semangat kita lemah. Pada saat ini, segala macam kejahatan yang dibisikkan oleh unsur-unsur jahat sangat senang menakluki fikiran kita. Kemurungan melampau mampu memberi efek yang tidak baik untuk masa depan juga.

Sokongan sosial sangat penting untuk menghadapi saat-saat sukar dalam hidup. memohon kekuatan diri dari Yang Maha Kuasa juga perlu. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan kepada kita,agar di saat kita sedih kita masih mempunyai banyak sebab untuk tidak mengeluh dan berasa sedih yang melampau.


{Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus
dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan
Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.}
(QS. Al-Lail: 19-21)

{Selamat atasmu karena kesabaranmu. Maka, alangkah baiknya tempat
kesudahan itu.}
(QS. Ar-Ra'd: 24)


Wallahua'lam