Assalamualaikum wbt
Saya ada seorang kawan. Dia berasal dari S****** dan merupakan rakan sekelas saya. Saya mula berkenalan dengannya secara rapat pada hari raya pertama Kurban1430M. Ketika itu, saya sedang megelamun menunggu lecturer datang. Dia datang ke arah saya dan megucapkan selamat hari raya aidiladha. Saya agak terkejut dan mengucapkan terima kasih kepadanya..maka bermulalah sebuah perbualan..
saya : are u a muslim?
kawan : yes, I just be a muslim about 6 months ago.
Rasa bahagia pada hari tersebut. Dengan situasi dalam dewan kuliah yang hanya mempunyai seorang sahaja yang bertudung yakni saya, sudah pasti saya tidak menjangka ada insan lain yang juga sama akidahnya dengan saya.
Pernah sekali saya memberanikan diri bertanyakan perihal keislamannya. Dia tidak pernah berfikir dan merancang untuk revert to Islam. Semuanya bermula dengan apa yang menimpa ibunya.
Ibunya pernah mengalami masalah dalam pengambilan arak yang berlebihan. Ditambah dengan sikap ibunya yang hanya minum di dalam rumah, dia hanya mampu melihat keadaan ibunya dan sukar untuk diatasi masalah itu. Keadaan ibunya pada ketika itu agak kronik namun ibunya enggan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pemulihan.
suatu ketika, dia terlintas untuk memasuki masjid dan berdoa. Dia menyatakan dalam doanya, jika Tuhan Islam adalah agama yang benar, maka sembuhkanlah ibunya dari pengambilan arak.
Doanya dimakbulkan. Ibunya sembuh dari belenggu arak sama sekali tanpa perlu pengambilan ubat atau sesi kaunseling. Saat itu, dia yakin bahawanya Islam adalah agama yang dicari selama ini.
Keislamannya tidak dihebahkan kepada siapa-siapa. Walhal ahli keluarganya juga tidak mengetahui. Dia diberikan kemudahan untuk mempelajari Islam dengan pekerjaannya sebagai pembantu di salah sebuah kedai makan halal.
Ceritanya persis dengan cerita ghulam.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
(QS. Al-Fatihah [1]: 6)
Ameen.
Friday, April 3, 2009
Wednesday, April 1, 2009
ini anti sosial!!
Assalamualaikum wbt
Dua perkara yang boleh dikategorikan anti sosial:
1. sumbat telinga dengan earphone sambil cakap dengan orang lain.
2. Letak kaki di atas tempat duduk kosong seperti di dalam keretapi.
Ini adalah contoh-contoh berdasarkan pemerhatian saya ketika travel melalui perbualan orang-orang tua di UK.
Elakkan mengamalkan perbuatan ini.
Sekadar perkongian.

Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan salat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa. 2:177
Tuesday, March 31, 2009
perihal otak 2
Assalamualaikum wbt
Saya berpeluang 'merasai' pengalaman memegang otak manusia yang sebenar. Ini berikutan kelas praktikal untuk modul brain and mind dan hanya pelajar-pelajar tahun 1 yang berpeluang menyertai seisi ini. Kami juga perlu menandatangani consent form untuk sesi kelas ini kerana berurusan sel manusia perlu dijalankan secara confidential dan berhati-hati.Subhanallah, otak kita sebenarnya sangat amazing!! saiz otak yang saya pegang agak besar dari kedua tapak tangan saya. Saya perlu memegangnya dengan kedua belah tangan kerana jisimnya agak berat.
Saya juga sempat melihat bahagian-bahagian otak secara spesifik. sungguh mengagumkan ciptaan Allah..contohnya, pituatary gland mempunyai saiz lubang yang besar sedikit dari lubang jarum namun fungsinya sangat besar kepada fungsi badan.

Fungsi otak meliputi segala gerak kerja manusia. Emotion, cognive, executive functions etc. Kerosakan satu bahagian kecil dalam otak kita juga mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan sehari-harian.
Jom selusuri beberapa penyakit disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak manusia:
Jom selusuri beberapa penyakit disebabkan oleh kerosakan pada bahagian otak manusia:
APHASIA
masalah penghasilan ucapan/kata-kata dengan lancar
DEEP DYSPHASIA
bermasalah dalam dalam menulis perkataan yang diulang dan akan menulis atau megulang sebut perkataaan yang hampir sama. contohnya, 'harimau' diinterpretasi sebagai 'singa'
PROSOPAGNOSIA
loss of face knowledge

Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran. 2:26
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal 3:190
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal 3:190
Hargai otak anda!!!gunakan akal kita sebaik-baiknya!!
Subscribe to:
Posts (Atom)