Friday, July 1, 2011

uniknya berbeza!

سَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl

Jangan kata anda tidak pernah berbeza pandangan dengan orang lain. Kadang-kala, perbezaan pandangan menyebabkan orang lain bermasam muka dengan anda. Malah yang lebih teruk, perbezaan pandangan berlaku dengan orang yang paling rapat dengan kita!

Bagaimana perbezaan pandangan/ pendapat boleh berlaku?

Dan kenapa ia perlu berlaku?

Manusia dan binatang berbeza kerana manusia dianugerahkan otak. Otak membolehkan manusia berfikir dan memahami. Dalam Qur'an, terlalu banyak Allah mengingatkan kita supaya berfikir dan menjadi orang yang memahami.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (Qur'an 6: 32)
Kebolehan otak kita membolehkan kita membuat keputusan dan membuat justifikasi. Justifikasi kita pula biasanya akan terbentuk berdasarkan pengalaman, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran. Contoh, saya suka mendaki kerana terbiasa berjalan mendaki bukit untuk ke kelas hampir setiap hari untuk tiga tahun dan saya juga selalu terlibat dengan aktiviti lasak semenjak sekolah menengah. Kawan saya yang terbiasa ke kelas menaiki bas dan tidak biasa dengan aktiviti lasak pasti tidak menggemari aktiviti mendaki.

Begitu juga dalam situasi yang lain. Contoh, anda berbeza pandangan dengan rakan-rakan anda dalam membuat keputusan menganjurkan aktiviti dalam suatu program. Anda mencadangkan aktiviti A, manakala kawan-kawan anda tidak bersetuju dan mencadangkan aktiviti B. Anda mungkin mencadangkan aktiviti A kerana anda pernah melalui aktiviti tersebut dan anda 'enjoy' semasa melakukan aktiviti tersebut. Kawan anda yang tidak bersetuju dengan aktiviti A pula mungkin pernah terlibat dalam aktiviti A, tetapi kurang' enjoy' dengan aktiviti tersebut dan merasakan aktiviti B lebih menyeronokkan. Atau mungkin anda tidak pernah terlibat dalam aktiviti B dan kawan anda pula tidak pernah terlibat dengan aktiviti A!

Hebat bukan otak kita? mampu mengolah dan membuat keputusan berdasarkan pengalaman!

Teringat post kawan saya di facebook; kita baca buku yang sama, tapi kenapa berlaku juga berbeza fahaman?

Kerana otak kita bukan hanya mengolah dari pemahaman pembacaan, tapi juga pengalaman, pengaruh rakan sebaya/ senioriti dan juga mungkin personaliti kita sendiri! (terdapat kajian british yang menunjukkan undi boleh dijangka berdasarkan personaliti (e.g. http://web.deu.edu.tr/isletme/ifddergi/web_files/52129147.pdf)

Hebat bukan Allah kita?

Bila berbeza pandangan/ pendapat, pasti ada perasaan yang tidak enak akan datang bukan? Contohnya, bila idea kita ditolak dan dikritik (walhal kita rasa idea kitalah yang paling bagus dari semua orang), mungkin akan terdetik dalam hati kita rasa terguris hati/ tidak suka dengan kawan yang membangkang idea kita. Seperti biasa, syaitan hebat dalam menyebarkan virus-virus merosakkan ukuwah. Imam Hasan Al-Banna pernah berkata:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

Sebab itu Rasulullah menganjurkan kita agar bersyura dalam membuat sesuatu keputusan. Jika kita selusuri sirah anbiya, idea Rasulullah ada juga dibangkang oleh sahabat seperti dalam peperangan Badar.

Penutup.
Berbeza menujukkan Allah maha hebat bukan? Allah boleh sahaja menjadikan kita sama 'wavelength' sahaja dalam berfikir dan membuat justifikasi tapi Allah menjadikan kita ber'diversiti'. Bukankah hidup ini satu ujian kepada kita untuk tapisan ke syurga?
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Qur'an 29:2)
Moga Allah mengurniakan kita ilham/ idea yang terbaik dalam membuat keputusan, ameen.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar :)