Kajian yang dilakukan oleh Milgram (rujuk bahagian 1) dilakukan pada Jun 1961 iaitu tiga bulan selepas percubaan jenayah perang Nazi oleh Adolf Hitler di Jerusalem (Al-Quds). Kajian ini dilakukan oleh Milgram untuk menjawab persoalan ini:
Could it be that Eichmann and his million accomplices in the Holocaust were just following orders? Could we call them all accomplices?"(Milgram, 1974)
Komen Milgram ("The Perils of Obedience", 1974)
The legal and philosophic aspects of obedience are of enormous importance, but they say very little about how most people behave in concrete situations. I set up a simple experiment at Yale University to test how much pain an ordinary citizen would inflict on another person simply because he was ordered to by an experimental scientist. Stark authority was pitted against the subjects' [participants'] strongest moral imperatives against hurting others, and, with the subjects' [participants'] ears ringing with the screams of the victims, authority won more often than not. The extreme willingness of adults to go to almost any lengths on the command of an authority constitutes the chief finding of the study and the fact most urgently demanding explanation.
Keputusan daripada kajian ini jelas menunjukkan bagaimana manusia mampu bertindak untuk patuh kepada arahan orang lain yang mempunyai kuasa yang lebih tinggi walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa pertalian darah atau memberikan sebarang kebaikan kepadanya. Maka, tidak hairanlah jika manusia yang 'patuh' ini mampu bertindak seperti ini:
Dalam konteks kita sebagai muslim, 'kepatuhan' kita kepada unsur-unsur jahiliyah juga mampu membuatkan kita seperti ini:
dan segala macam lagi. Kepatuhan kepada kuasa jahiliyyah ini tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada kita malahan memberikan segala macam kelaraan dan fantasi keindahan dunia yang tidak kekal. Kita patuh kepada unsur jahiliyah ini tanpa sedar; sedikit demi sedikit boleh menghakis cinta kita kepada islam.
Apa unsur-unsur jahiliyyah ini?
Pada saya, apa-apa sahaja yang tidak membawa kita ke jalan Allah dan syurganya adalah tergolong kepada unsur jahiliyah. Monolog dalamannya; jika saya buat perkara tersebut dan jika saya ditakdirkan mati pada saat itu, syurga atau nerakahkah tempat saya?
Tidakkah anda merasakan; apabila anda melakukan perkara-perkara yang berunsurkan jahiliyyah; ia bermakna anda telah berlaku kejam kepada diri sendiri; dengan mematuhi unsur-unsur ini yang boleh menjauhkan diri kita dari syurganya?
Atau agar kamu (tidak) mengatakan: "Sesungguhnya jika kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka." Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksaan yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling. 6:157 |
Kawan saya pernah mengatakan kepada saya,
''Kenapa barat lagi mantap daripada negara Islam? sebab barat hanya melakukan perkara-perkara jahiliyah, tapi orang Islam melakukan kedua-duanya sekali, jahiliyah dan Islam''
Jom ubah!
Wallahua'lam.