Tuesday, July 6, 2010

how reliable is memory?

Pernah bermain permainan yang memerlukan kita menyampaikan pesanan kepada orang di belakang kitadan seterusnya orang yang berada di belakang kita perlu menyampaikan pesanan tersebut kepada orang yang seterusnya sehingga kepada orang yang terakhir? Saya rasa permainan ini adalah permainan tipikal dan pernah dilalui oleh hampir semua orang. Permainan ini berakhir dengan orang yang terakhir perlu melaporkan pesanan yang diterimanya dan pesanan terseebut akan dibandingkan dengan yang asal. Keputusan permainan ini biasanya adalah: pesanan yang terakhir akan berkurangan dan tidak tepat dengan yang asal dengan pertambahan fakta asing. Kenapa pesanan yang dilaporkan oleh orang yang terakhir kebiasaannya tidak tepat s
eperti yang asal?

Saban hari,anda melihat dan menggunakan wang ringgit. Tapi, boleh anda lukis dengan tepat sekeping wang RM1?

Pernah berlaku, seorang Australian eyewitness expert yang bernama Donald Thomson telah ditangkap kerana disyaki merogol seorang wanita. Mangsa tersebut mendakwa Donald adalah perogol tersebut,namun Donald mempunyai alibi yang kukuh kerana pada masa kejadian berlaku, Donald sedang muncul di siaran TV. Pada awalnya, pihak polis tidak mahu menerima alibi tersebut. Setelah disiasat dengan lebih lanjut, penyiasat mendapati pada masa kejadian mangsa dirogol, mangsa sedang menonton rancangan TV yang menyiarkan Donald Thomson. Ini menyebabkan mangsa tersilap ingat muka perogol tersebut.

Fenomena di atas dinamakan false memory. Ia kebiasaannya akan berlaku apabila:

-pemerhati atau pendengar mengalami stress semasa kejadian. (it always happens because we have been pressured to remember it!)

-pemerhati atau pendengar mempunyai expectation sendiri mengenai hal tersebut.

-pemerhati atau pendengar disoal atau ditanya dengan leading question.

-lokasi dan konteks kejadian asal tidak sama.

Memori manusia bukan seperti fotograf. Kita akan cuba 'membina' dan 'membaiki' memori yang kita lihat atau dengar berdasarkan informasi yang pernah kita dapat agar memori tersebut lebih sempurna yang seterusnya, akan membawa kepada 'false memory'

Harus diingatkan juga, short term memory manusia berkapasiti 30 saat sahaja. Namun, dalam sesetengah keadaan, kita mungkin mengalami flashbulb memori, iaitu memori yang mampu kita ingat dengan sangat tepat walaupun ia berlaku dengan jangka masa yang pendek. Flashbulb memory biasanya berlaku apabila peristiwa tersebut mempunyai impak yang sangat besar dalam hidup kita.

Kembali kepada konteks permainan pesanan tadi, perubahan maklumat berlaku boleh disebabkan sedikit stress yang terjadi disebabkan keterpaksaan untuk mengingat, expectation dan mungkin juga disebabkan kekangan short term memory.

Refleksi

1. Dalam kehidupan seharian kita, perpindahan maklumat dari mulut ke mulut biasa berlaku. Semakin panjang rantaian maklumat tersebut, semakin banyak tokok tambah dan salah fakta berlaku kerana memori manusia adalah bukan seperti fotograf dan manusia akan menokok tambah cerita berdasarkan expectation dan pengalaman mereka. Hasilnya, ia menjadi semacam cerita bohong.

(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (24:15)

2. Apabila anda mendapat sesuatu maklumat dari pihak kedua, apa kata selidiki dahulu maklumat tersebut sebelum mempercayainya, lebih-lebih lagi maklumat yang melibatkan perihal orang lain.

3. Biasa berlaku dalam masyarakat kita salah faham kepada pihak tertentu disebabkan pembawaan mulut ini Akibatnya, kita mempunyai persepsi yang buruk kepada pihak tersebut disebabkan cerita-cerita mulut yang belum terbukti kesahihannya. Disebabkan persepsi buruk ini, hubungan kita dengan pihak tersebut menjadi renggang dan mungkin membawa kepada perselisihan.

4. Bersangka baiklah sesama insan dalam apa-apa hal kerana kita bukan penghukum. Yang lebih baik, kita betulkan yang salah jika kita mampu.

Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih. Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu, pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu. (10:19)

Allahua'lam