Tuesday, July 7, 2009

w-a-h-a-n

Assalamualaikum wbt

Suka untuk berkongsi satu peristiwa yang berlaku kepada saya. Ia berlaku di dalam kelas skills presentation di mana mana-mana pelajar boleh dikenakan tugasan untuk menyampaikan 'ucapan' di hadapan ahli kelas pada tajuk yang ditetapkan on spot. Pada permulaan tahun pertama, perasaan cuak itu sangatlah menguasai diri kerana ucapan itu perlu disampaikan di hadapan ahli kelas yang hampir semuanya adalah native speaker. Alhamdulillah perasaan itu berkurang dengan positive reinforcement dan masa.

Saya lebih suka berdiam diri kerana ingin mengurangkan kemungkinan 'kena serang' sebab tajuk yang diberikan ada kalanya adalah yang memang ntah apa2 dan banyak mengarut dan tidak sesuai untuk saya yang berotak bersih. Alhamdulillah tajuk-tajuk yang
'mengenai' saya adalah tajuk-tajuk yang relevan.
Pernah sekali;

Q : ok, the next one is tell the night club that you wish to design
A : anyone??
C : ..............................silence.......................................................
A : Min, since you just did it(presentation) once, can you??
Min : yes, but can i have the other title since I've never been there...
A : It's ok then, just make a design that you want or you like..
Min : but it's impossible..( apa daa..dosa laa..)
Q : ok, let's change the tittle..the place that you want to go
Min : ok..(dalam hati, tq Q)

Bolehkah jika saya katakan globalisasi yang berlaku di barat memisahkan mereka dengan agama sehingga mereka tidak tahu sedikit asas penegetahuan agama?atau mungkinkah jua mereka pernah berjumpa muslimah bertudung di kelab malam??

Pernah juga saya disapa seorang lelaki yang mengatakan dia adalah Islam yang syiah. Dia bertanya kepada saya pada malam hari ke manakah saya pergi. Jawapan saya, saya tidak ke mana-mana malam hari. ( wajarkah soalan ini!?)

Suatu ketika, saya berjaulah ke JOhor Bharu untuk pergi ke rumah kakak. Perjalanan dari Kelantan ke JB mengambil masa yang agak lama. Syukur pemandu bas seorang yang prihatin mengenai tuntutan bersolat. Beliau menghentikan bas di sebuah tempat untuk kemudahan penumpang bersolat subuh.

Sedih sekali, masih ada lelaki Islam yang terbongkang tidur. Sedih. Dengan kemudahan untuk bersolat di negara ini yang merata, masih ada golongan yang memberatkan diri untuk menunaikan solat fardu.
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bersabda: "Akan datang suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kalian bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka" Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah karena kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gentar dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan". Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)
Sedih dengan keadaan sahabat seislam yang hanyut dengan WAHAN. Bilangan umat Islam amatlah besar pada zaman kini. Namun, dengan wujudnya wahan dalam diri seseorang muslim, kuantiti itu tidak akan membanggakan Islam bahkan boleh memberi aib kepada agama sendiri kepada penganut agama lain.

Cinta pada dunia.
Takut pada mati.
Moga diri ini dijauhkan dengan sifat ini.

N.B : Adakah kita sekadar menjadi pemerhati kepada keruntuhan ini?
Wallahua'lam.