Assalamualaikum wbt.
Theory of mind is the ability to attribute mental states—beliefs, intents, desires, pretending, knowledge, etc.—to oneself and others and to understand that others have beliefs, desires and intentions that are different from one's own.[1]^ Premack, D. G. & Woodruff, G. (1978). Does the chimpanzee have a theory of mind? Behavioral and Brain Sciences, 1, 515-526.
Dalam bahasa yang ringkas, teori minda bermaksud kebolehan untuk membaca minda orang lain dan menyedari bahawasanaya orang lain mempunyai persepsi yang berlainan dengan kita mengenai sesuatu perkara.
kebolehan teori minda merupakan kemahiran yang penting dalam interaksi sosial kerana seseorang yang mempunyai kelemahan dalam teori minda mengalami masa sukar untuk melihat sesuatu perkara berdasarkan perspektif lain selain perspektif sendiri.
Saikologist barat memperkenalkan Sally-Anne task untuk menunjukkan perbezaan seseorang yang menguasai teori minda ini dibandingkan dengan seseorang yang gagal memahami teori ini. Tugasan ini melibatkan kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas, di mana kanak-kanak yang trlibat dalam eksperimen ini akan melihat satu scene ringkas oleh eksperimenter.
Tugasan mudah untuk teori ini adalah seperti berikut:
1. Pengenalan watak. bear yang berwarna coklat bernama Sally. Sally ada sebiji kotak yang berwarna putih. Bear yang berwarna merah adalah Anne. Anne ada sebiji kotak juga.
2. Sally memasukkan sebiji guli (andaikan ia guli) ke dalam kotaknya. Selepas itu Sally keluar dari scene ini.
2. Anne kemudiaannya pergi ke arah kotak Sally dan mengambil guli di dalam kotak Sally. Dia memindahkan guli tersebut ke dalam kotaknya.
3. Sally kembali muncul dalam situasi ini. Kanak-kanak yang terlibat dalam eksperimen ini ditanya, 'di manakah Sally akan mencari gulinya? adakah di dalam kotaknya atau kotak Anne?'
Kanak-kanak yang memberikan jawapan 'kotak Sally' lulus dalam tugasan ini.
Pada tahun 1985, Simon Baron Cohen et. al menjalankan eksperimen ini yang melibatkan 61 kanak-kanak, iaitu 20 adalah autistik, 14 down's syndrome dan 27 adalah sihat dan normal.
16 daripada 20 kanak-kanak autistik (80%) gagal dalam tugasan ini.
Kesimpulan yang dapat saya berikan, kanak-kanak yang didiagnosiskan mengalami autistik berkemungkinan besar mengalami masalah dalam memahami sesuatu di luar perspektifnya. Maka ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mencegah kekurangan ini kerana latihan sejak kecil dapat membantu kanak-kanak autistik bergaul dalam masyarakat.
n.b: Ini adalah tajuk presentation yang saya bentangkan. Suka untuk berkongsi perihal ini.
Autism is a brain development disorder characterized by impaired social interaction and communication, and by restricted and repetitive behavior. (Wikipedia, n.d)
Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.