Tuesday, January 18, 2011

kenapa Johnny tidak pandai membaca?

Johnny berusia 10 tahun tetapi dia masih tidak mampu membaca buku. Kenapa dia tidak pandai membaca? Mungkinkah dia

1. malas.

2. disleksia (masalah pembelajaran)

3. dilahirkan dalam persekitaran yang tidak mementingkan kebolehan membaca.

4. gagal menguasai teknik membaca yang betul.

Setuju atau tidak, jika saya katakan Johnny mampu membaca pada usia 6 tahun sekiranya dia menguasai dan diajar cara membaca daripada asas yang betul? Saya yakin Johnny juga pasti akan pandai membaca walaupun dia dibesarkan dalam suasana yang buta huruf, mengalami disleksia atau apa sahaja masalah. Johnny juga pasti akan lambat pandai membaca walaupun dibesarkan dalam suasana yang mengamalkan budaya membaca atau besekolah di sekolah swasta sekiranya dia tidak menguasai tdan tidak diajar teknik membaca dari ASAS yang betul. Dalam erti kata yang lain, faktor yang paling stabil kegagalan Jonny membaca pada usia 10 tahun adalah kerana Johnny gagal menguasai ASAS membaca (atau guru gagal mengajar asas membaca yang betul kepada Jonny).


Johnny yang pandai membaca akan menguasai subjek-subjek lain di sekolah. Johnny yang tidak pandai membaca akan berada di kelas corot dan akan gagal menguasai subjek-subjek lain kerana subjek-subjek lain memerlukan Johnny untuk pandai membaca. Johnny akan mempunyai motivasi yang rendah untuk belajar dan mungkin akan tidak meneruskan persekolahan sehingga tamat sekolah menengah.

Apabila dewasa, Johnny yang tidak tamat sekolah akan mengalami masalah untuk mendapatkan kerja kerana dia tidak mempunyai kelulusan. Akibatnya, Johhny yang tidak pandai membaca mungkin terlibat dalam rempit dan masalah-masalah sosial yang lain. Tidak percaya? Ramai di dalam penjara yang tidak pandai membaca.

Secara ringkasnya, kemahiran membaca adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai untuk membolehkan kita belajar dan menguasai bidang-bidang lain. Kegagalan Johnny untuk membaca pada usia yang sepatutnya menyebabkan dia terus tercicir dan terlibat dengan pelbagai masalah. Sebab yang mungkin cukup kecil tapi bisa menggagalkan Johhny dalam kehidupan.


Johnny dan dilema masyarakat muslim.

Sekarang, kita berbalik kepada realiti umat islam.

Kata muslim tapi buang anak, zina, arak, bakar orang, bunuh orang, judi, rasuah, pornografi.

Kata muslim tapi solat tak cukup, tak pandai baca qur'an.

Kata muslimah tapi menutup aurat, tak ikut kata syariat yang betul.

Kata pelajar agama, tapi amal agama tak jugak.Kata islam, tapi gaduh-gaduh sesama islam sendiri.


Terlalu banyak untuk disenaraikan, bukan?


Mencari punca.

Berdasarkan pemahaman anda kepada kisah Johhny yang tidak pandai membaca, bolehkan saya katakan pelbagai masalah yang timbul dalam masyarakat muslim sekarang adalah kerana asas yang tidak kukuh dalam diri seseorang muslim? Yakni asas islam, iman dan ehsan.

Asas islam, iman dan ehsan. Asas yang sangat penting untuk membentuk diri kita menjadi seorang muslim yang sebenar. Asas yang akan membantu kita mencapai dan menyelesaikan pelbagai masalah kebejatan masyarakat dan ummah islam. Asas yang akan menyelamatkan kita daripada terlibat, terpedaya dengan kejahatan duniawi dan benteng kepada sahutan syaitan.



Seruan pertama dari nabi Muhamad adalah seruan syahadah. Lafaz ini perlu kita faham dengan mendalam. Bukan lafaz yang dilafaz tanpa faham dan hadam erti di sebaliknya. Lafaz yang membaca kepada penyucian jiwa kita dan mengakui islam sebagai cara hidup kita. Bagaimana hebatnya para sahabat-sahabat; hasil didikan dan tarbiyah Rasulallah yang hanya bermula dengan asas mengesakan Allah; dan bagaimana mantapnya pemahaman para sahabat kepada lafaz syahadah itu membangkitkan mereaka untuk memperjuangkan islam; sehingga kita juga terpilih untuk menjadi seorang muslim.

what's next?

Kadangkala, kita tidak perlu pergi terlalu jauh untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Memikirkan pelbagai masalah tanpa bertindak melakukan perubahan juga hanya membuang masa. Mulakan dari kita sendiri. Jika rasa diri sudah cukup 'islam' tingkatkan kefahaman lagi dan sebarkan betapa nikmatnya berada di naungan islam sepenuhnya. Jika rasa diri jauh dari islam, jangan takut untuk mendekatinya. Jika sudah berkeluarga, didiklah anak untuk faham islam seawal mungkin.

Yakinlah hanya kefahaman dan asas islam yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam diri kita, masyarakat dan negara islam.

Jom kuatkan asas islam kita!

Allahua'lam