Saturday, January 10, 2009

ohoho..1

Assalamualaikum wbt.

Teringat situasi yang berlaku dalam lecture clinical and health psychology. Tajuk lecture hari tersebut adalah binge drinking. Sebelum Dr Hosier Steve memulakan lecture tersebut, beliau bertanya beberapa soalan.

soalan 1# berapa ramai yang tak pernah minum alkohol?
reaksi kelas: 7 tangan angkat daripada 200 lebih pelajar..(termasuk sy dan Dr. Hosier)

soalan 2# berapa ramai minum tiap-tiap minggu?
reaksi kelas: half from class angkat tangan

soalan 3# berapa ramai minum tiap-tiap hari?
reaksi kelas: dalam 70 orang lebih mengangkat tangan ( fuh, mantap sungguh mereka ni!!)

Jom tengok kesan pengambilan alkohol melampau di UK (Gill, 2002)

#kesihatan seksual
16% telah diambil kesempatan dan 8% mengambil kesempatan (you should get what i mean)

#kecederaan/ kerosakan
20% lelaki, 6% perempuan menyebabkan kerosakan awam
50% lelaki dicederakan, 15% mencederakan orang awam
21% lelaki dan perempuan cedera, 28% terlibat dalam pergaduhan

#akademik
tidak hadir kuliah dan yang sewaktu dengannya

#kesihatan
risiko penyakit jantung/hati meningkat

"Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). "(5:91)

n.b: kat Malaysia camne pulak??ohoho...

A-B-C-D-E training

Assalamualaikum wbt..

Latihan untuk menjadi lebih optimis dalam berfikir dan membuat keputusan (OPTIMISM TRAINING)

ADVERSITY- masalah yakni perkara yang menyerabutkan fikiran

BELIEF- kepercayaan atau perspepsi kita b
erkenaan masalah itu

CONSEQUENCE mood change-perubahan mood yang terjadi disebabkan masalah

DISPUTATION- contoversy, argument @ pengolakan jiwa??pencarian penjelasan alternatif kepada diri sendiri melalui penjelasan yang positif

ENERGISATION-bertenaga kembali!!


contoh kes @ dilema ringkas:

A- kawan baik saya tidak membalas mesej saya dan tidak menghubungi saya
B- mungkin dia tidak menganggap saya kawan baik dia dan mungkin juga dia tidak mahu mempedulikan saya lagi
C- saya ok je, cuma rasa sedikit kecewa dengan sikap dia
D- tapi, saya percaya dia menganggap saya adalah kawan baik dia. Kami baru sahaja menghabiskan masa bersama di bandar dan makan2 minggu lepas. dia mungkin sibuk dengan kerja-kerjanya!!dia juga mungkin mengalami masalah dengan telefon dia..mungkin juga free minutes @ credit top up dia dah habis!!
E- oh saya rasa sudah ok dan lagi positif!!

Penyelesaian masalah semudah A-B-C-D-E..berfikiran positif itu sangat baik dan sangat membantu dalam penyelesaian seseuatu perkara..jangan menyerah kepada masalah tetapi cari penyelesaian yang terbaik!!our thinking and perspectives really give a big impact in finding the solution to problem...so be a positive thinker..

thing to ponder: separuh penuh atau separuh kosong???

wallahu a'lam

Friday, January 9, 2009

3 good things..

assalamualaikum wbt

satu simple tabiat yang boleh membantu menceriakan hidup dan mengurangkan stress.

keep a book and write 3 good things that happen to you and make you happy today!! make it as habit for 3 months and Insyaallah this habit can make you 'far away' from depression or stress.

contoh 3 perkara yang buat saya rasa gembira hari ini:
1.sorang pakcik mat saleh cuba buat lawak yang buat saya tergelak.
2. muka dah tak rasa kejang macam semalam
3. hidung saya dah tak tersumbat!!


Cadangan saya, mungkin menulis tidak menjadi kebiasaan, apa kata sebelum tidur kita fikirkan dan mengingati perkara yang menyenangkan kita pada hari itu..maka sebelum tidur sudah tentu kita mampu tersenyum!!

jika rasa tak ada perkara yang membuatkan kita gembira hari ini, at least kita rasa gembira sebab kita dalam keadaan aman. Juga kita sebagai muslim, we have 2 things that should make we happy everyday, yakni nikmat Iman dan Islam..

[2.152] Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

This habit is from Seligman's idea (American Psychological Association leader). The research had been conducted and participants who kept this habit showed more positive emotion after 3 months.

Sedikit cetusan..