Saturday, April 25, 2009

kepatuhan&kekejaman :bahagian 1

Assalamualaikum wbt.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. 76:2

Penciptaan manusia dari setitis air mani yang hina. Jika jatuh di tanah sekali pun, ayam tidak akan mematuknya. Namun, Allah mengangkat darjat manusia menjadi khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi Allah. Firman Allah,

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui". 2:30

Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi. Barang siapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. 35:39

Setiap manusia adalah khalifah. Baik sebagai khalifah untuk dirinya sendiri, khalifah untuk memakmurkan alam, khalifah untuk mengamalkan yang ma'ruf dan mencegah yang ma'ruf atau khalifah untuk orang di bawah pimpinannya.

Namun, kerosakan dan kekejaman juga dari khalifah ini. Persoalannya, mengapa perlu berlakunya kekejaman di bumi Allah yang serba indah ini??

Suka untuk saya mengaitkan persoalan ini dengan satu kajian yang dilakukan oleh pengkaji barat, Mr Milgram di Amerika Syarikat. Kajian beliau walaupun agak kontroversi dalam sejarah kajian saikologi namun cukup berguna dalam menunjukkan tindakan kejam yang mampu 'dicapai' oleh manusia.

Penerangan gambar:

E: experimenter
T: teacher(subjek)
E: learner (subjek yang menyebelahi eksperimenter dan
'pelakon')









Dalam kajian ini, subjek (orang yang menyertai kajian ini) senantiasa diberikan peranan sebagai guru(T). Seorang subjek lain diberikan peranan sebagai pelajar (P). P adalah subjek di bawah 'arahan' pengkaji (E) dan merupakan 'kakitangan' eksperimen ini. Peranan subjek ditentukan melalui cabutan untuk menunjukkan pembahagian tugas adalah adil walaupun sebenarnya pembahagian tugasan adalah ditentukan oleh E pada awal eksperimen, iaitu 'subjek asal' eksperimen senantiasa mendapat peranan T dan 'subjek kakitangan' akan mendapat peranan sebagai L.

Sebelum eksperimen dimulakan, E memberikan penerangan kepada P dan T mengenai tujuan kajian adalah untuk mengkaji perkaitan memori dan pembelajaran menggunakan persekitaran yang berlainan.

T diberikan satu senarai perkataan beserta pasangan perkataan tersebut. T perlu mengajar L untuk mengingati senarai perkataan tersebut. T membacakan senarai perkataan tersebut beserta pasangannya dan kemudiaannya akan bertanyakan L untuk mengulangi perkataan yang diajar tadi.

Sekiranya L memberikan jawapan yang salah, T akan mengenakan denda iaitu akan 'mengalirkan' arus elektrik sebanyak 15V. Kejutan elektik ini akan ditingkatkan kepada 15V untuk sekiranya jawapan yang diberikan untuk solan yang seterusnya masih salah.

Berdasarkan gambar di atas, T dan L diletakkan di bilik yang berasingan. E bersama T di dalam bilik yang sama. E akan memberikan arahan dan 'menggesa' kepada T untuk mengenakan kejutan elektrik kepada L sekiranya T enggan berbuat demikian.

T percaya kejutan elektrik yang dikenakan kepada L adalah betul dan benar. L akan memberikan 'respon' kesakitan setiap kali kejutan elektrik dikenakan. Sekiranya T enggan mengenakan kejutan elektrik kepada L, E akan mengenakan arahan-arahan berikut:

1. Sila teruskan.
2. eksperimen ini memerlukan anda meneruskan tugas anda.
3. Ia amat penting untuk anda meneruskan tugas anda.
4. Anda tidak mempunyai pilihan lain, anda perlu meneruskannya.

Keputusan:

1. 26 daripada 40 mengenakan kejutan elektrik sehingga watt yang tertinggi iaitu 450 watt !!!
2. kejutan elektrik yang terendah dikenakan kepada L adalah 300 watt!!!

Di sebalik eksperimen ini:

1. Tiada kejutan elektrik yang dikenakan kepada L. Semua bunyi kesakitan dan raungan kesakitan adalah daripada rakaman suara
2. T telah diingatkan bahawa L mempunyai sakit jantung (hoho, ini tipu jugak) dan kejutan elektik hanya menyakitkan tapi tidak akan membahayakan.

Reaksi peserta 'sebenar':

berpeluh, menggigil, tidak selesa dan sewaktu dengannya.


Hebat bukan hasil kajian ini? Ia membuktikan manusia boleh bertindak KEJAM semata-mata kepatuhan kepada suatu kuasa yang berpengaruh dan besar. Anda merasakan anda terkecuali dan tidak akan sekejam peserta dalam kajian Milgram? oh, sila rujuk http://cuterbest.blogspot.com/2009/04/kepatuhan-dan-kezaliman-bahagian-dua.html untuk pencerahan.

Wallahua'lam.

No comments: