Assalamualaikum wbt
Definisi
Incremental view of ability- kepercayaan bahawa kebolehan seseorang itu boleh ditingkatkan dengan usaha dan latihan.
Entity view of ability- kepercayaan bahawa kebolehan seseorang adalah stabil dan tidak dipengaruhi atau ditingkatkan dengan usaha atau latihan.
Pengenalan
Saya ada menjalankan kajian berkenaan hal di atas pada semester 1. Walaupun keputusan yang kami dapat hasil kajian ini tidak menyokong hipotesis (dipengaruhi oleh banyak faktor), namun result kami menunjukkan terdapat perbezaan antara seseorang yang mempunyai incremental view dan entity view. Perbezaan itu adalah dari segi IQ test, iaitu incremental view mempunyai mean score secara keseluruhan adalah lebih tinggi daripada individu yang mempunyai entity view. Maka, semestinya individu yang mempunyai incremental view mempunyai kelebihan daripada individu yang mempunyai entity view.
Bagaimana perbezaan view ini terbentuk
Kanak-kanak pada asasnya mempunyai incremental view. Pada usia antara lapan hingga 12 tahun, mereka mula dapat membezakan antara kebolehan dan usaha (Nicholls & Miller, 1984). Ini berdasarkan pengalaman atau situasi yang mereka hadapi di peringkat sekolah.
Di sekolah, rata-rata penempatan murid-murid di dalam sesebuah kelas adalah berdasarkan prestasi mereka dalam peperiksaan. Kebiasaannya, murid-murid yang berada di kelas hadapan akan mendapat perhatian yang lebih dari guru-guru manakala murid-murid di kelas belakang akan dibiarkan bermain-main atau membuang bising kerana mereka tidak akan dipedulikan. Mengapa ada perbezaan layanan ini? Biasanya, murid-murid yang berada di kelas belakang adalah murid-murid yang nakal, malas dan juga tidak pandai. Namun bukankah layanan guru-guru juga memainkan peranan dalam pembentukan peribadi dan sikap murid-murid tersebut?
Pelabelan diteruskan juga setelah murid-murid tersebut berada di sekolah menengah. Saya tidak menyangkal pelabelan kelas itu salah kerana ia membolehkan guru-guru mengajar berdasarkan kemampuan yang dapat diterima oleh anak muridnya. Namun, guru-guru perlu bijak dalam bicara, seperti ''berapa kali ajar pun masih tak paham'' dan seumpamanya untuk mengelakkan pelajar merasakan mereka mempunyai kebolehan yang terhad. Apabila mereka sudah mempunyai pandangan demikian, semestinya mereka akan kurang berusaha kerana beranggapan kebolehan mereka adalah terhad.
Untuk guru-guru, gunakan bicara yang berhemah dengan memuji mereka dan memberikan kata-kata semangat supaya mereka akan berusaha lebih. Untuk para ibu bapa, wording yang dilontarkan kepada anak-anak perlulah yang dapat menaikkan semangat mereka untuk berusaha lebih kuat.
Bagi saya, tiada istilah orang yang bodoh atau pandai. Manusia adalah unik dan mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Maka, potensi yang unik yang ada pada kita perlu dicari dan dimanfaatkan. Peranan ibu bapa dan guru amat penting dalam mengeksploitasi kebolehan seseorang individu tersebut.
Tidak Allah ciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment