Tiga langkah untuk mengurangkan kesedihan:
1. MENERIMA (Acceptance)
Kesedihan biasanya sesuatu yang sukar untuk kita terima ia telah berlaku. Ketidaksediaan kita menerima ketentuan tersebut menyebabkan kita tidak dapat/susah menghilangkan (defuse) kata-kata yang tergiang-giang mengenai peristiwa yang menyedihkan; yakni membuatkan kita terfikir-fikir perkara tersebut. Ia juga menyebabkan kita trauma dan tidak mahu berusaha menghilangkan kesedihan tersebut, dan menyebabkan kita takut untuk menghadapi peristiwa seumpamanya lagi.
Bagaimana untuk menerima?
Kesedihan, satu perasaan yang akan dialami oleh semua manusia yang normal. Apabila kita bersedih, seringkali kita melupakan kegembiraan yang banyak yang telah dialami, tetapi menumpukan kepada kesedihan yang sebenarnya hanya datang sekali-sekala. Kita terbiasa dengan kesenangan yang menyebabkan kita kecundang dan merasakan kesedihan yang satu menghapuskan dan membuatkan kita melupakan nikmat-nikmat Allah yang sangat banyak yang diberikan kepada kita.
Menerima kenyataan bermakna anda perlu menghilangkan perasaan kesal/sedih tentang apa yang menimpa anda. Ya ia susah. Tapi memikirkan kesedihan tidak mampu mengembalikan apa-apa kepada kita bukan? Ia hanya menyebabkan kita terus memikirkan/ bersedih tanpa melakukan apa-apa.
Setelah anda mampu menerima kenyataan perkara yang telah berlaku dan bersedih menghilangkan kata-kata yang tergiang-tergiang/ ingatan / memori buruk tersebut, maka anda bersedia untuk melakukan langkah ke dua: BERTINDAK!
2. BERTINDAK/ take action
Sekiranya anda bersedih dengan keputusan peperiksaan anda, ia bermakna anda perlu berusaha lebih gigih.
Ya, ada kesedihan yang tidak mampu kita ubah, seperti kematian insan tersayang. Namun ini di luar kawalan kita kerana kita hanyalah hambaNya.
Bertindaklah ke atas perubahan yang mampu anda kawal dan ubah dan terima kenyataan yang anda tidak ada hak padaNya.
3. Komitmen
Perubahan yang dibuat perlu komited. Jika tidak, kegagalan akan berlaku lagi. Maka kesedihan akan berulang lagi.
Penutup
Anda yang mampu membaca tulisan ini, saya yakin mempunyai penglihatan, pendengaran dan kurniaan akal dari Allah dengan ciptaaan sebaik-baiknya. Maka kita juga akan diuji dengan nikmat fizikal ini. Banyak benda yang berlaku hasil dari kegagalan kita menghargai nikmat-nikmat kurniaan Allah ini, dan kita bersedih bila Allah menimpakan kita sedikit kesusahan / kesedihan padahal kita kadang kala mengambil enteng dan jarang bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah. Bila kita bersedih, kita merayu, berdoa mohon Allah memudahkan ujian dan menghilangkan kesedihan kita padahal kita pada masa senang senang sekali melupakan Allah. Mari kita jadi insan yang bersyukur, tidak kira di kala senang atau susah :)
Allahualam
No comments:
Post a Comment