Wednesday, July 6, 2011

salah faham mengenai disleksia

1. Apa yang anda tahu mengenai disleksia?
Saya pernah bertanya soalan di atas kepada beberapa orang. Belum pernah mendapat respon yang tepat. Rata-rata menganggap disleksia adalah 'penyakit lembap/lembam'. Oh jawapan ini sangat-sangat salah ;(

2. Kenapa bagi saya disleksia adalah amat penting diambil perhatian?
Bagi saya, guru dan ibu bapa adalah golongan yang terpenting dan perlu mengetahui apakah disleksia tersebut. Ini kerana disleksia adalah masalah pembelajaran yang paling biasa/ tertinggi dilaporkan di negara-negara membangun (e.g. UK, US). Ia melibatkan kanak-kanak dan statistik menganggarkan dalam 10 kanak-kanak, terdapat 2 orang yang mempunyai disleksia.

Dyslexia is a specific learning disability that is neurological in origin.

It is characterized by difficulties with accurate and/or fluent word recognition, and by poor spelling and decoding abilities.

These difficulties typically result from a deficit in the phonological component of language that is often unexpected in relation to other cognitive abilities and the provision of effective classroom instruction.

Secondary consequences may include problems in reading comprehension and reduced reading experience that can impede growth of vocabulary and background knowledge.

4. Disleksia berbeza dengan learning difficulties yang lain kerana penghidap disleksia mempunyai kesukaran dalam mengeja dan kebolehan dalam 'decode' perkataan (i.e. apabila mereka melihat perkataan, mereka sedikit lambat untuk menyebut perkataaan tersebut) seterusnya menyebabkan mereka mengalami kesusahan untuk membaca. Penghidap disleksia mempunyai IQ yang normal, malah kebanyakan mereka mempunyai IQ yang lebih tinggi.

4. Kesan buruk disleksia jika tidak dirawat sejak kecil?
Terlalu banyak untuk dinyatakan. Bayangkan pada usia anda 7 tahun, di kala semua kawan-kawan anda sudah pandai membaca, anda masih tidak pandai membaca dan menulis. Anda ingin membaca, tapi apabila anda melihat buku yang mempunyai banyak tulisan, anda nampak tulisan-tulisan tersebut bagaikan bergerak-gerak berserakan (ini adalah datu teori yang mencadangkan kenapa kanak-kanak yang mempunyai disleksia mempunyai 'self-esteem' yang rendah untuk membaca').

Kebolehan membaca juga adalah kebolehan yang asas dalam kehidupan kita. Sekiranya seseorang kanak-kanak lambat menguasai kebolehan ini, kanak-kanak tersebut pasti ketinggalan dalam pelajaran.

Penghidap disleksia mempunyai IQ yang normal dan ini bermakna mereka boleh belajar, berfikir dan menjalani hidup seperti mereka yang normal. Mereka mempunyai kesusahan dalam 'literacy abilities' dan memerlukan latihan/kelas yang lebih intensif untuk membolehkan mereka menjalani hidup yang normal.


Allahua'lam.

Nota: saya cuba untuk menerangkan mengenai disleksia dalam bahasa yang mudah dan boleh difahami oleh semua peringkat umur. Sungguh susah untuk menyusun kata-kata bahasa melayu apabila penulisan dan terminologi semuanya dalam bahasa inggeris :(

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas infonya. Jzkk :)

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)