Thursday, May 14, 2009

INGAT : ulang atau imaginasi?

Assalamualaikum wbt

Entri ini adalah ringkasan kajian projek saya untuk semester kedua. Laporan ini ditujukan khas kepada subjek-subjek yang menyertai kajian saya. Amat menghargai kerjasama anda!!

Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan teknik mengingat. Terdapat tiga kumpulan, iaitu 
A: control (tidak diberikan arahan khusus untuk mengingat)
B: subjek perlu mengingat dengan membentuk mental image of object
C: subjek perlu mengingat dengan megulang-ulang perkatan berulang-ulang kali

Semua subjek diberikan satu senarai yang mempunyai 20 perkataan untuk diingat. Mereka diberikan masa sebanyak 5 minit. Mereka juga diperingatkan untuk mengingat perkataan dan nombor perkataan tersebut dalam senarai itu. Selepas lima minit, mereka perlu menulis perkataan yang mampu diingat.

Results
Secara ringkasnya, kumpulan B(imagery) menunjukkan mean score yang lebih tinggi dari kumpuan C (rehearsal). Imagery juga membantu proses mengingat berdasarkan susunan nombor.

Kesimpulan
Ingatan akan dibantu dengan proses imaginasi. Ini disokong oleh banyak research yang telah dilakukan sebelum ini. 

NB: berharap akan mendapat grade yang lebih baik dari semester 1 untuk report ini..



2 comments:

Anonymous said...

bagaimana dengan subjek yang mengingat benda dengan cara dia baca dulu tulisan yang dia nak hafal, pastu dia buat2 lupa, pastu dia try ingat balik? saya rasa ini cara paling berkesan...

siti wan aminah wan norudin said...

buat2 lupa??tu dah menggugat validity experiment..results yg dapat xnatural dan jadi tidak realiable..mungkin boleh test camtu, tp bukan buat2 lupa..test balik utk ingat balik selepas 2, 3 jam or esok nye ke..so it becomes more natural..;D