Assalamualaikum wbt,
1. Tergerak hati untuk berkongsi sedikit pengalaman berjalan sendirian di negara penjajah ini. Alhamdulillah, saya telah berjaya menjejaki ke England, Scotland, Wales dan Nortern Ireland dengan sendirian dengan selamat walaupun tidak semua perjalanan adalah lancar.
2. Memandangkan saya menetap di kawasan yang hulu dan agak jauh dari bandar-bandar utama, maka kenderaan utama yang saya guna adalah keretapi. Perjalanan dari tempat saya akan memerlukan pertukaran keretapi yang lain dan saya perlu sekurang-kurangnya menukar keretapi sebanyak sekali.
3. Rekod perjalanan yang terlama berada dalam keretapi adalah 6 jam setengah, iaitu perjalanan dari London ke tempat saya. Perjalanan itu adalah pada waktu malam dan saya tiba pada jam 12.30 malam. Saya tertidur dan hanya tersedar tepat-tepat telah sampai di Bangor. Alhamdulillah dikejutkan olehNya :)
4. Terkandas, keretapi delay, keretapi cancel adalah masalah-masalah yang biasa dihadapi. Tidak diakui perkhidmatan keretapi di UK memang efesien namun kuasa manusia tidak sempurna dan tidak mampu melawan kuasa Allah yang Maha hebat.
5. Kandas yang paling teruk yang pernah saya hadapi ketika dalam perjalanan ke edinburgh dari bangor yang melibatkan 3 changes keretapi. Memandangkan edinburgh adalah agak jauh dan harga tiket adalah sangat mahal jika saya beli direct dari bangor ke edinburgh, saya cuba membuat route sendiri dengan membuat transit ke manchester. saya terkandas disebabkan salji yang tebal yang mengakibatkan banyak train delay dan dibatalkan. Pada perjalanan tersebut juga saya buat pertama kali tersilap menaiki keretapi dan terpaksa kembali ke stesen. Akibatnya, saya tertinggal keretapi yang sepatutnya ditukar di stesen yang lain. Saya hampir berputus asa dalam perjalanan tersebut, namun dengan sedikit kekuatan saya teruskan perjalanan tersebut kerana saya yakin saya akan mendapat lebih banyak kebaikan pergi ke sana. Alhamdulillah, saya berjaya sampai ke destinasi walaupun terlewat sehingga hampir 3 jam.
6. Pernah sekali, black-out berlaku di train station di Birmingham. Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke bangor. Hanya Allah yang tahu bagaimana cemasnya keadaan tersebut dengan kegelapan, manusia yang ramai dan polis-polis yang juga amat ramai.
7. Juga pernah diserang migrin dan muntah di dalam train, keseorangan.
8. Apabila berjalan untuk jarak jauh keseorangan, perasaan takut dan seumpamanya memang akan melanda saya. Saya yakin perasaan tersebut adalah ujian kepada saya untuk menguji saya. Dan Allah tidak akan menguji saya jika saya tidak mampu untuk mendepani ujian tersebut (Al quran 2: 284-286)
9. Pesanan saya, jika anda perlu menaiki keretapi berseorangan, teruskan perjalanan anda. Walaupun anda bakal dipandang pelik di dalam keretapi kerana hijab anda dan penampilan anda, namun ia tidak patut menjadi halangan untuk anda sampai ke destinasi kerana Allah yang menentukan perjalanan anda, dan bukan pandangan orang.
Dan Kami bagi-bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan; di antaranya ada orang-orang yang saleh dan di antaranya ada yang tidak demikian. Dan Kami coba mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk, agar mereka kembali (kepada kebenaran). 7:168Allahua'lam
No comments:
Post a Comment