Friday, April 2, 2010

saya, dia dan anda

Assalamualaikum wbt.

Perihal dia

Setelah tertangguh dua kali untuk melawatnya disebabkan halangan masa, akhirnya Allah mengizinkan saya untuk menziarahinya. Perjalanan ke tempat tinggalnya mengambil masa selama hampir 30 minit menggunakan keretapi.

Dia adalah seorang muslimah yang berasal dari sebuah negara eropah dan telah memeluk agama islam hampir 2 tahun. Dia juga merupakan kawan sekuliah saya dan adalah kawan baik saya.

Dia berhijrah dari negara asalnya ke UK untuk berjumpa kawannya. Perancangan Allah sememangnya maha hebat. Dia menyambung pelajarannya di sini dan memeluk islam di sini.

Seisi ahli keluarganya adalah krisitian dan ibunya sememangnya memberikan respon yang negatif apabila mengetahu dia memeluk agama islam pada awalnya. kakaknya menghendik dan memarahinya setelah mengetahui perkara tersebut.

Semua itu langsung tidak membuatkannya untuk kembali ke agama asalnya. Dia cuba untuk memakai hijab namun kedua ibunya dan kakaknya telah memberikan amaran dia tidak akan dianggap sebagai anak dan adik sekiranya berbuat demikian. Dia akur.

Saya cukup tertarik dengan pemakaiannya. Pemakaiannya telah memenuhi yang digariskan sebagai muslimah hanya tidak lengkap dengan tudung. Dia percaya suatu hari nanti dia akan dapat bertudung. Dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi lagi untuk bertudung di khalayak ramai mengungatkan amaran dari ahli keluarganya.

Dia juga dalam proses mengenal dan memahami huruf-huruf alquran walaupun menghadapi kekangan masa sebagai pelajar dan bekerja pada masa yang sama.

kita versus dia

1. ada kita hadapi masalah bertudung halangan dari keluarga? malah pemakaian kita semakin terhadapan dengan pelbagai gaya fesyen dan baju yang secara tidak sedar menghakis etika pemakaian seorang muslimah.


2. saya percaya rata-rata kita telah diajar membaca alquran sejak dari kecil dan kita tidak menghadapi masalah yang besar untuk membaca alquran. tapi ada kita cuba meningkatkan mutu bacaan kita dan membacanya dengan kerap?

3. mengikut perlembagaan persekutuan, orang melayu adalah islam. Alhamdulillah, kita dibesarkan dalam agama islam turun temurun hasil pemahaman orang-oarnt tua kita. Namun, adakah islam yang kita warisi sekadar agama warisan?

4. buktikan agama islam adalah agama pilihan kita. caranya: lakukan perintah Allah dan tinggalkan yang dilarangNya. Tunaikan tanggungjawab syahadatul haq kita. banyakkan membaca bahanyang dapat mendekatkan diri kita kepadaNya dan tinggalkan sedikit-sedikit secara istiqamah perkara-perkara yang boleh menjauhkan kita dariNya.
Adakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu sebagai main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? (Al-Mu'minun:115)
5. Semua di atas juga peringatan untuk diri ini. Allahua'lam
Allahua'lam

No comments: