1. Interpretasi manusia adalah selektif dan constitutive. Selektif bermaksud manusia tidak menginterpretasi sesetengah perkara aka bias manakala constitutive bermaksud manusia menginterpretasi sesuatu perkara berbeza daripada yang sepatutnya.
2. Manusia dapat memahami emosi orang lain dengan agak tepat.
3. Manusia akan menginterpretasi tingkahlaku sendiri yang tidak wajar dengan mengaitkan kepada faktor luaran (keadaan sekeliling)manakala akan menginterpretasi sikap orang lain berdasarkan kepada faktor dalaman(sikap) orang itu.
Contoh situasi: B ingin berpindah dari rumah yang didudukinya kerana tidak tahan dengan sikap teman serumahnya yang tidak memberikan kerjasama dalam menjaga kebersihan rumah. B mengambil keputusan untuk berpindah dan menyebabkan hubungannya dengan teman serumah dingin. Teman serumah B mengaggap B tidak bertanggungjawab kerana B menyebabkan mereka terpaksa sewa rumah dengan harga yang lebih tinggi apabila B berpindah dari rumah tersebut.Interpretasi B : teman serumah tidak memberikan kerjasama (faktor persekitaran aka faktor luaran)Interpretasi teman serumah B (orang lain) : B tidak bertanggungjawab (sikap aka faktor dalaman )
4. Interpretasi ini adalah berdasarkan banyak faktor seperti pengalaman lalu, keadaan sekeliling, pengaruh rakan sebaya dan ibu bapa.
5. Manusia berbeza berdasarkan kepada kualiti konsep peribadi dan ini bergantung kepada pengalaman peribadi. (Kelly, 1955)
Contoh: B gemar menyusun buku-bukunya berdasarkan ketinggian dan membalut semua buku-bukunya walaupun ia memakan masa. Sikap B timbul kerana B mempunyai kawan baik yang menghidapi OCD (obsesi kepada kekemasan). Secara tidak langsung ia juga mempengaruhi sikap B.
6. Manusia adalah ciptaan Allah yang sangat unik dengan keunikan dalam bermacam-macam perkara seperti interpretasi yang digariskan di atas.Hargailah keunikan anda dengan menjadi diri anda sendiri dan juga dengan menghargai perbezaan orang sekeliling kita.
7.Perbezaan antara kita bukanlah penghalang kepada penyatuan idea, kerjasama dan lain-lain. Perbezaan ini memerlukan kepada titik persamaan. Jangan terlalu cepat menghukum orang lain yang tidak menyamai persamaan pendapat dengan kita. Hormati perbezaan ini kerana kita adalah UNIK :)
8. First impression is not always the best impression!!
9. Sedikit renungan;
Allah-lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirahat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakanmanusia tidak bersyukur. (40:61)Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (17:70)Allahua'lam :)
No comments:
Post a Comment