Baca pernyataan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan berdasarkan penyataan tersebut:
XX adalah pelajar tingkatan lima dan bakal menduduki SPM pada tahun ini. Pada setiap hari, XX berjalan kaki ke sekolah bersama rakan-rakan. Jarak sekolah dari rumah XX adalah agak jauh dan mengambil masa hampir 30 minit.
Allahua'lam
1. Adakah XX ke sekolah kerana patuh arahan ibu bapanya?
2. Kenapa XX perlu ke sekolah?
3. Kenapa XX sanggup berjalan kaki selama 30 minit ke sekolah setiap hari?
***
Soalan-soalan tersebut jelasnya adalah bersifat subjektif. Kita mungkin membuat tanggapan yang berlainan kerana maklumat yang terhad diberikan. Pokoknya, jawapan yang betul hanya boleh dijawab oleh XX. Ini kerana, NIAT xx tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan kita.
Bicara perihal nawaitu
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
*Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih
Intisari hadis:
1. Sesuatu perbuatan atau amalan bergantung kepada niat pelaku.
2. Niat membezakan tujuan sesuatu amalan itu dilakukan. Contohnya, niat membezakan sesuatu amalan itu dilakukan sebagai ibadah atau sekadar taqlid/adat.
3. Amalan yang kecil boleh menjadi besar denagn niat dan sebaliknya. Contohnya, bersedekah dengan wang yang besar dengan tujuan mendapat hebahan media dan sebaliknya.
XX dan kita
Andaikan XX adalah diri kita sendiri. Jika kita pergi ke sekolah semata-mata untuk mematuhi arahan ibu bapa, maka ibu bapa akan menyayangi kita kerana kita patuh arahan mereka. Andai kata kita ke sekolah kerana Allah dan Rasul, maka kita akan mendapat keredaan Allah dan Rasul dan pada yang sama keredaan ibu bapa.
Andai kata kita sanggup berjalan kaki selam 30 minit hanya sekadar untuk berjumpa dan bermain-main dengan kawan-kawan di sekolah, maka kita akan mendapat keseronokan tersebut semata-mata.
Andai kata pula kita sanggup berjalan kaki selama itu kerana inginkan keredaanNya dan memenuhi keperluan menuntut ilmu, maka pahala dan imu akan mampu kita raih pada masa yang sama.
Imam-imam Syafi'i,Maliki dan Hanbali mewaibkan niat itu dalam segala amalan, baik yang berupa wasilah yakni perantaraan seperti wudhu', tayammum dan mandi wajib, atau dalam amalan yang berupa maqshad (tujuan) seperti shalat, puasa, zakat, haji dan umrah. Tetapi imam Hanafi hanya mewajibkan adanya niat itu dalam amalan yang berupa maqshad atau tujuan saja sedang dalam amalan yang berupa wasilah atau perantaraan tidak diwajibkan dan sudah dianggap sah (Riyadhus Salihin, m/s 9)
Ikhlas dalam beribadah
Allah Ta'ala berfirman:"Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuk-Nya semata-mata, berdiri turus dan menegakkan shalat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar." (al-Bayyinah: 5)
Ikhlas sesuatu yang tidak dapat diukur. Ikhlas sangat dititikberatkan dalam beribadah kerana ia berkaitrapat dengan niat kita. Ada sebilangan orang, ''saya nak berubah, tapi perasaan ikhlas tak dapat lagi''. Ikhlas tak akan datang jika kita tidak menginginkannya dan kita perlu mungkin perlu memaksa diri untuk ikhlas sebelum ia lahir dengan sendirinya.
Analoginya, ibu bapa kita mengajar dan adakalanya memaksa kita makan nasi semasa kita kecil. Pada awalnya, kita ada menolak dan tidak mahu makan. Lama-kelamaan, kita tidak perlu dipaksa dengan kebiasaan tersebut. Samalah dengan perasaan ikhlas. Paksa diri dan Insyaallah, ia akan datang dengan sendirinya.
Dari Aisyah radhiallahu 'anha, berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak ada hijrahsetelah pembebasan - Makkah, tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Maka dari itu, apabila engkau semua diminta untuk keluar - oleh imam untuk berjihad, - maka keluarlah – yakni berangkatlah." (Muttafaq 'alaih)
No comments:
Post a Comment