Friday, May 14, 2010

Interacting with women can impair men's cognitive functioning*

Assalamualaikum wbt.

Tajuk entri ini bukan saya sendiri namakan, tapi adalah tajuk jurnal*
Saya teringat, ketika jurnal* ini dibentangkan di dalam kelas, seorang lelaki mat saleh tergelak-gelak dengan sangat kuat, mungkin terasa dengan tajuk jurnal tersebut. Eksperesi saya, ''wow, ada juga kajian sebegini!''.

Ringkasan kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji adakah interaksi mixed-sex menyebabkan sistem kognitif manusia mengalami masalah (fungsi menurun) untuk sementara waktu. Kognitif adalah sistem dalam otak manusia mengenai berfikir, memproses informasi dan lain-lain.

Kajian ini melibatkan lelaki dan perempuan, ditugaskan kepada dua keadaan eksperimen yang berlainan, iaitu interaksi bersama jantina yang sama atau berlainan. Mereka perlu menyelesaikan tugasan komputer untuk mengukur prestasi dalam tugasan kognitif sebelum mereka berinteraksi dengan pasangan (sama atau berlainan). Kemudian, mereka akan berinteraksi dengan pasangan (sama jantina atau berlainan) untuk 7 minit dan kemudiannya akan melakukan tugasan komputer untuk megukur adakah fungsi kognitif subjek berkurangan atau tidak selepas interaksi tersebut.

Keputusan kajian
-lelaki menunjukkan prestasi menurun dalam ujian komputer selepas interaksi bersama wanita.
-perempuan tidak menunjukkan sebarang pembezaan yang signifikant selepas interaksi bersama lelaki.


Graf di atas menunjukkan pencapaian peserta dalam tugasan komputer (mengukur tahap kognitif) selepas interaksi (jantina sama atau jantina berlainan). Mixed sexuntuk lelaki menunjukkan skor yang tertinggi, i.e. response (masa) untuk memberikan jawapan yang betul dalam ujian komputer selepas interaksi merosot berbanding interaksi antara same-sex.Perhatikan juga pencapaian subjek perempuan tidak merosot untuk mixed-sex atau same-sex.

Saikologist yang membuat kajian ini mengatakan, pembezaan ini berlaku kerana;
- traditional sex roles may emphasize that men are expected to take the initiative in mixed-sex encounters (Wasserman & Stern, 1978), thus man recruit more cognitive resources during the interaction to behave according the expectancies.

Kajian ini juga mencadangkan;
mungkinkah sexual harrassment berlaku disebabkan berlakunya depletion effects of mixed-sex interaction?

Renungan bersama

1. Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: “Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka).

2. kognitif proses; definisi paling senang adalah proses berfikir. Cuba fikirkan; kenapa AlQuran memberikan penegasan kepada kaum lelaki terlebih dahulu untuk menundukkan pandangan.
Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. (An-Nur:31)

Ikhtilat Sifar

3. Kaum wanita juga tidak hebatnya dalam peranannya, manakan tidak; Allah mendahulukan kaum wanita sebelum lelaki dalam ayat di bawah:
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (annur:2)
4. Maka, perlulah diambil inisiatif untuk mengelakkan berlakunya interaksi berdua-duaan antara jantina yang berlainan. Kajian di atas memberikan bukti dengan agak jelas bahawasanya interaksi bersama jantina yang berlainan ada memberikan efek kepada kaum lelaki (dan tidak dinafikan, mungkin juga kepada wanita).

5. Bolehkah jika saya katakan, fungsi kognitif kaum lelaki terganggu dengan adanya syaitan sebagai makhluk yang ketiga? Walau dua-dua ustaz ustazah mampukah jaminan pendidikan agama yang tinggi memberi jaminan zina tidak berlaku apabila berdua? Mampu beri jaminan iman kita telah setebal alquran? orang cakap, jangan uji iman tapi tingkatkan iman!
kulit bawang nipis, tebalkah iman ini dari kulit bawang ini? T-T

Wallahua'lam
p/s: mohon maaf jika penulisan ini berunsurkan sedikit bias.

* Karremans, J. C., Verwijmeren, T., Pronk, T. L., & Reitsma, M. (2009). Interacting with women can impair men's cognitive functioning. Journal of Experimental Social Psychology, 45, 1041-1044.

1 comment:

f said...

kak min, ni memang cool!

hehe terserempak dgn blog akak. selamat menulis!

yg xsedar diri sok pekse,
mimy leeds :)